Kenapa Lewat, 12 Barang Sahaja? Menteri Pengguna Mana… Lebih Baik ‘Hibernate’ Dalam Gua

KUALA LUMPUR, 26 April – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akhirnya mengambil tindakan menetap harga siling bagi barangan keperluan setelah diarah oleh perdana menteri untuk mengambil tindakan setelah sekian lama rakyat merungut mengenai kenaikan tersebut.

Bidas Ketua Pegerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan, itu pun setelah lebih seminggu berpuasa, harga siling ditetapkan kepada 12 barangan harian sahaja.

“Mengapa lewat dan untuk 12 barangan sahaja? Ini berbanding dengan langkah-langkah terdahulu kerajaan yang menetapkan harga siling untuk lebih 30 barangan dan dilaksanakan 1 minggu sebelum perayaan sehingga 1 minggu selepas itu.

“Rakyat telah merunggut berbulan-bulan sebelum ini dan bila harga ayam memcecah RM10 sekilo baru bertindak? Di mana beliau menghilangkan diri?

“Purata peniaga-peniaga ayam tidak dapat menurunkan harga ke RM7.50 sekilo yang ditetapkan kerana mereka telah terikat dengan kontrak belian yang telah dimeterai, katanya dalam satu catatan di Facebook.

Zahida juga mengajak rakyat melihat mengenai harga minyak masak yang naik mendadak.

“Di mana harga siling untuk minyak masak yang mencecah RM30 bagi botol 5kg walaupun kita adalah antara pengeluar terbesar minyak masak di dunia? Soalnya.

Justeru bidas Zahida, jika sekadar mengambil langkah untuk melepas batuk di tangga sahaja, baiklah menteri pengguna ini pergi ‘hibernate’ di dalam gua sahaja seperti yang beliau lakukan selama ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.