Samakan Wang KWSP Dengan KWAN, ‘Kluster Spin’ PPBM Masih Dengan ‘Kelentongan’

KUALA LUMPUR, 27 April – Ada nama besar PPBM yang belum habis dengan ‘kelentongan’ walaupun sudah menjadi kerajaan di mana ‘Kluster Spin’ ini akan memutarbelit segala fakta untuk kepentingan parti itu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bidas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, mungkin sebab itu ‘Kluster Spin’ ini dapat jawatan penerangan dalam parti serpihan UMNO dan lantas mahu samakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

“Wang KWSP milik rakyat. Mereka keluarkan wang mereka sendiri untuk digunakan pada waktu sukar. Itupun bukan mudah dapat kelulusan kerajaan. Rakyat nak beli PS5 lah, Puteri Gunung Ledang lah.

“Dana KWAN pula tabung amanah negara sebagai sumber berterusan negara dan generasi akan datang. Objektifnya ia digunakan apabila sumber semulajadi negara contohnya minyak menyusut.

“Tetapi ia mahu dikorek kerajaan PN (Perikatan Nasional) sebelum tiba masa dengan alasan COVID-19 selepas begitu banyak wang negara diperuntukan untuk tujuan sama,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook yang pernah mengulas mengenai di dalam posting terdahulu (pautan).

Justeru Ahmad Zahid menimbulkan persoalan kepada ‘Kluster Spin’ itu siapakah sebenarnya yang merapu sehingga terbabas-babas disamakan dana KWSP dengan KWAN.

“’Kluster Spin’ PPBM semakin merapu apabila cuba menunding jari kepada menteri dari UMNO dalam kerajaan PN di sebalik penggunaan dana KWAN.

“’Kluster Spin’ kata UMNO gagal berbincang di peringkat dalaman dengan menteri dari UMNO yang menjaga hal kesihatan dan vaksin sebab terlalu ghairah nak tunjuk pandai.

“Memang sah ini ‘Kluster Spin’ PPBM. Apa mandat UMNO untuk menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan PN dan adakah perdana penteri atau menteri kewangan dari UMNO? Soalnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.