Sahur Bersamamu UMNO Kubang Pasu Jejak Mereka Yang Memerlukan

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ramadan sememangnya mengajar kita makna kehidupan dan kemanusian apatah lagi di bulan Ramadhan.

Atas landasan itulah pimpinan UMNO Kubang Pasu malam tadi mengadakan ‘Sahur Bersamamu’ bersama keluarga yang memerlukan pembelaan.

Awal pagi semalam, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Zaini Japar dan juga Datuk Seri Johari Baharom, bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu serta Ketua Pemudanya Datuk Hasmuni Hassan menyantuni sebuah keluarga dengan turun bersahur bersama mereka di Kampung Seberang.

Nazri Talib, 46 yang mengalami slip disk dan buasir menyebabkan beliau tidak dapat melakukan kerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak termasuk seorang anak angkat.

Nazri hanya bekerja sebagai buruh dan mereka tinggal di rumah yang disewa sebanya RM150 sebulan. Sebuah rumah yang agak uzur dan sedang dimamah anai-anai.

“Selain bekerja dengan pendapatan yang tidak menentu, mereka juga menerima sumbangan bulangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Dengan pendapatan yang kecil dan hanya bergantung pada sumbangan JKM, persiapan hari raya memang tiada dalam kehidupan mereka.

“Selain sahur bersama, sumbangan wang tunai turut diberikan. Sesiapa yang bersimpati dengan keluarga ini dan mahu memberikan sumbangan, boleh menghubungi Encik Nazri di talian 019 444 3817,” jelas wakil rombongan kepada UMNO-Online. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.