‘Lockdown’: Apa Perancangan Kerajaan Bantu Rakyat Khususnya Orang Asli

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mempersoalkan apakah persiapan awal untuk bantuan kepada rakyat khususnya masyarakat Orang Asli seluruh Malaysia semasa ‘lockdown’ bagi mengekang wabak penyakit COVID-19 bermula 1 hingga 14 Jun ini . Ini kerana katanya, isu tidak menyampaikan bantuan bekalan makanan (Bakul Makanan) kepada masyarakat Orang Asli di Pos Menson dan Pos […]

» Read more

Jadikan Ujian COVID-19 Amalan Baharu, Pantau Harga Mudahkan Rakyat Tahu – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan mass testing atau saringan massa bagi mengawal penularan wabak COVID-19. Katanya, ini kerana kajian daripada The Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) sebuah entiti penyelidikan kesihatan global yang berpangkalan di University of Washington meramalkan pada 1 September ini Malaysia bakal berhadapan dengan 26 […]

» Read more

COVID-19 Bukan Hanya Krisis Kesihatan, Wajar Guna Kepakaran Rakyat Semua Sudut – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap kerajaan dapat memanfaatkan segala kepakaran rakyat Malaysia bagi membantu negara menempuhi waktu sukar ini. Jelas beliau, ini kerana penularan wabak COVID-19 ini telah menjadi ancaman keselamatan yang disifatkannya jauh lebih besar dari krisis kesihatan. “Lalu marilah kita membuka ruang seluas-luasnya untuk mencari idea, strategi, pendekatan dan […]

» Read more

‘Total Lockdown’: Puteri UMNO Cadang Bantuan Dari Kerajaan Demi Kurangkan Beban Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kerajaan akan mengadakan lockdown mulai Jun 1 demi untuk menjaga nyawa rakyat yang rata-rata dipersetujui ramai. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yakin akan ada pengumuman yang bakal dibuat oleh kerajaan, termasuk senarai bantuan-bantuan dalam sedikit masa lagi. Ini kerana katanya, terlalu banyak bantuan-bantuan yang rakyat perlukan daripada kerajaan sekarang ini […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah Pemergian Mufti Perak

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, yang meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata […]

» Read more

Hina Yang Di-Pertuan Agong, Ahli PKR Perlu Dikenakan Tindakan Tegas – Azril Rizal

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Exco Pemuda UMNO Malaysia Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata tindakan Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni yang telah secara terang-terangan menghina Yang di-Pertuan Agong setelah memuat naik video secara langsung di Youtube rasmi miliknya dengan video bertajuk ‘Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun’ adalah satu tindakan yang amat biadap. Katanya, dalam video […]

» Read more

PKR Wajar Pecat Ahli Hina Agong – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Kenyataan anggota PKR (Parti Keadilan Rakyat)  Iswardy Morni, yang kini disiasat kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipandang enteng, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Jelasnya, sebagaimana yang diperakui sendiri oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, tindakan menghina seperti ini bukan kali pertama bahkan Biro Politik hanya sekadar beri amaran […]

» Read more

Jangan Lakukan Pembelian Pukal Dan “Panic Buying’- Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menasihatkan rakyat supaya tidak membuat pembelian panik susulan pelaksanaan Fasa Pertama penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi yang akan  bermula Selasa ini. Katanya, pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik dan berlebihan bagi mengelakkan gangguan bekalan di premis-premis jualan. “Tak perlu membeli keperluan secara pukal dan […]

» Read more

KKM Harus Beri Insentif Kepada Petugas Sukarelawan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat kesanggupan para sukarelawan untuk turut serta dalam perjuangan di medan hadapan satu perbuatan yang mulia. Malah Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menukilkan ucapan penghargaan dan tentunya rakyat seluruh negara juga turut mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka. “Kepada para sukarelawan barisan hadapan […]

» Read more

Rakyat Harus Bersedia Dari Segi Fizikal Dan Mental Selama ‘Lockdown’ – Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berharap seluruh rakyat Malaysia agar dapat patuh kepada segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kerana 14 hari pertama total lockdown dalah sangat kritikal. Menurut beliau varian-varian baru ini menyebabkan kadar kebolehjangkitan yang lebih pantas dan lebih senang tersebar, lagi-lagi kepada warga emas dan kanak-kanak. […]

» Read more
1 1,704 1,705 1,706 1,707 1,708 2,426