Jangan Lakukan Pembelian Pukal Dan “Panic Buying’- Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menasihatkan rakyat supaya tidak membuat pembelian panik susulan pelaksanaan Fasa Pertama penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi yang akan  bermula Selasa ini.

Katanya, pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik dan berlebihan bagi mengelakkan gangguan bekalan di premis-premis jualan.

“Tak perlu membeli keperluan secara pukal dan jangan ‘panic buying’.

“Kita belajar dari lock down pertama. Kali ini mungkin lebih mudah kerana kita sudah ada pengalaman melaluinya. Namun bukan semua akan mudah menghadapinya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Seterusnya tambah Abdul Rahman lagi, kerajaan haruslah membantu rakyat dan memberi perhatian bagi menghadapi lockdown ini.

“Yang wajib ialah Kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu bantu rakyat yang menghadapi masalah. Jaga kebajikan mereka sewaktu tempoh lockdown ini dan beri perhatian kepada mereka yang menghadapi tekanan emosi dan keganasan domestik (domestic violence) dalam rumah.

“Insya Allah dengan usaha semua, kita akan tewaskan COVID-19 ini,” ujarnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.