Rakyat Harus Bersedia Dari Segi Fizikal Dan Mental Selama ‘Lockdown’ – Rahman Mohamad

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berharap seluruh rakyat Malaysia agar dapat patuh kepada segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa kerana 14 hari pertama total lockdown dalah sangat kritikal.

Menurut beliau varian-varian baru ini menyebabkan kadar kebolehjangkitan yang lebih pantas dan lebih senang tersebar, lagi-lagi kepada warga emas dan kanak-kanak.

“Malam ini dengan rendah hati saya merayu kepada semua rakyat Malaysia agar patuh kepada segala arahan yang dikeluarkan. Walaupun kita telah divaksin, namun kita masih berupaya menyebarkan virus ini sebagai pembawa dan akan menjangkiti anak atau ibu bapa kita tanpa kita sedar.

“Sebab itulah jika terpaksa keluar atas urusan penting, wajib patuh kepada SOP yang MKN gariskan.

Orang Lepeh, saya berharap kita semua #dudukderumoh dan pastikan kita semua bersedia dari segi fizikal dan mental serta keperluan makan dan minum selama 14 hari di rumah.

“Semoga kita berjaya landaikan graf kes positif COVID-19 hingga boleh menang melawan gelombang ketiga ini,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata beliau lagi negara dan rakyat telah berjaya sebelum ini dalam mendepani pandemik berkenaan dan insya Allah akan berjaya.

“Kita pernah menang dan mesti akan menang. Insya Allah,” tambahnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.