Rakyat Mahu Kerajaan Perbaiki Keadaan Negara Hari Ini – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ramai berpandangan kerajaan sedia ada telah gagal menangani kesan pandemik COVID-19, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya ini kerana sebahagian rakyat telah jatuh sehingga ke kedudukan terbawah dalam hierarki kehidupan ekoran kesan daripada penularan wabak ini yang menganggu mereka menjana pendapatan. “Sehingga ada terpaksa kibar bendera putih minta bantuan untuk mengisi […]

» Read more

Rakyat Selangor Belum Vaksin Diseru Sertai Operasi Lonjakan Kapasiti – MN

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Muafakat Nasional (MN) Selangor menyeru rakyat di negeri ini yang masih belum menerima vaksin agar segera tampil ke hadapan bagi menjayakan Operasi Lonjakan Kapasiti. Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata ini kerana peningkatan drastik kes baru COVID-19 di negeri ini semakin membimbangkan malah kegagalan […]

» Read more

Peningkatan Suntikan Vaksinasi Ibarat Cahaya Di Hujung Torowong – Zahida

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berharap dengan kadar peningkatan vaksinasi sebagai petanda baharu untuk negara mencapai imuniti berkelompok. Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan optimis apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diperkenal pada 23 Februari lalu terus mencatatkan angka memberangsangkan apabila merekodkan 400,000 suntikan setiap hari. “Saya juga melihat kemunculan cahaya di hujung torowong yang gelap […]

» Read more

Bencana Berganda Jika Kerajaan Gagal Tangani Isu Ekonomi Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – “Bencana berganda jika kerajaan gagal untuk tangani masalah ekonomi rakyat,” demikian luahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menerusi ciapan di Twitternya, beliau berkata hampir kesemua sektor negara terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. “Hampir semua peruncit tempatan terjejas tentunya sektor lain juga seperti pelancongan, pembinaan, penerbangan, […]

» Read more

Kembalikan Kegemilangan Tabung Haji, RCI Perlu Jujur Dan Terbuka- Noor Azleen

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji (TH) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berpandangan bahawa RCI ini adalah perlu untuk mengembalikan keyakinan fungsi dan kredibiliti peranan TH sebagai sebuah institusi penting bagi umat Islam. “RCI ini perlu jujur dan terbuka untuk mengenal […]

» Read more

Percepatkan RCI Tommy Thomas Biarkan Kebenaran Benar-Benar Terjawab – Razlan Rafii

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berharap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dapat ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat perkara yang dibangkitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di dalam bukunya My Story: Justice in the Wilderness. Jelas beliau, Tommy telah banyak menimbul serta membongkarkan cerita di sebalik pendakwaan kes-kes semasa beliau […]

» Read more

Masa Depan Tabung Haji Bukan Di Bawah BNM Tetapi Melalui Kepimpinan Berwibawa – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan kebimbangan beliau berkenaan cadangan kerajaan untuk meletakkan Tabung Haji (TH) di bawah Bank Negara Malaysia (BNM). Katanya, perubahan ini akan memberi kesan kepada institusi itu malah peranannya akan diperlakukan sebagai sebuah agensi kewangan dan tabungan semata-mata. “Ia akan hilang potensinya sebagai sebuah dana amanah dengan misi yang […]

» Read more

Penularan Varian Baharu Lebih Berbahaya, Kerajaan Perlu Siap Sedia Amaran WHO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau berkenaan amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memaklumkan varian baharu COVID-19 yang lebih berbahaya dijangka menular ke seluruh dunia. Katanya, ini kerana varian sedia yang telah tular sejak tahun lalu juga tidak berjaya ditangani dengan sebaiknya oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). “Bagaimana pula […]

» Read more

Persidangan Parlimen: PM Jangan Takut, Buktikan PN Bukan Kerajaan Gagal – Hariri

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan senada dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, bahawa kerajaan usah derhaka dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk membahas dan meluluskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dilaksanakan. Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata Perdana Menteri, […]

» Read more

Usah Remehkan Usaha Pemuda UMNO, Lihat Isu Rakyat Yang Terkesan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap pihak yang sangsi dengan usaha yang dilakukan mereka untuk berlapang dada melihat keperitan yang dilalui rakyat ketika ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya saban hari menerima pelbagai aduan daripada rakyat yang terbeban dengan krisis kewangan. “Bagi yang masih ragu-ragu dan cuba meremehkan seolah-olah Pemuda UMNO hanya memainkan […]

» Read more
1 1,671 1,672 1,673 1,674 1,675 2,429