Peningkatan Suntikan Vaksinasi Ibarat Cahaya Di Hujung Torowong – Zahida

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berharap dengan kadar peningkatan vaksinasi sebagai petanda baharu untuk negara mencapai imuniti berkelompok.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan optimis apabila Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diperkenal pada 23 Februari lalu terus mencatatkan angka memberangsangkan apabila merekodkan 400,000 suntikan setiap hari.

“Saya juga melihat kemunculan cahaya di hujung torowong yang gelap ini, apabila kadar vaksinasi rakyat yang dikendalikan oleh menteri-menteri daripada UMNO seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Adham Baba yang merekodkan lebih dari 400,000 vaksinasi dijalankan.

“Antara yang tertinggi didunia! Syabas kita ucapkan kepada mereka yang bertungkus lumus untuk menjayakannya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelas Zahida, ini kerana terdapat hanya dua cara untuk mengekang pandemik COVID-19 ini, iaitu melalui langkah pencegahan penularan dan vaksinasi yang menyeluruh sehingga negara mencapai imuniti berkelompok.

“Sekarang dengan jelas option kedua menampak kejayaan. Sekali lagi syabas bagi mereka mereka yang terlibat.

“Pandemik COVID-19 ini tiada kes kes terdahulu yang boleh kita gunapakai dan ini menyebabkan banyak langkah-langkah yang salah dilakukan.

We stumbled and fall tetapi yang penting ialah kita bangkit semula dan memperbetulkan nya. Ini yang teramat penting didalam suatu perjuangan yang panjang,” katanya.

Tambah beliau, rakyat perlu bersedia kerana dijangkakan bahawa COVID-19 ini akan terus berada dalam kalangan masyarakat untuk tempoh yang panjang.

“Kita mesti bersedia untuk hidup bersamanya. Saya doakan ketabahan dan kesungguhan bagi semua frontliners kita,” jelas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.