Usah Remehkan Usaha Pemuda UMNO, Lihat Isu Rakyat Yang Terkesan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap pihak yang sangsi dengan usaha yang dilakukan mereka untuk berlapang dada melihat keperitan yang dilalui rakyat ketika ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya saban hari menerima pelbagai aduan daripada rakyat yang terbeban dengan krisis kewangan.

“Bagi yang masih ragu-ragu dan cuba meremehkan seolah-olah Pemuda UMNO hanya memainkan sentimen rakyat agar marahkan kerajaan, tolonglah baca lampiran yang disertakan ini.

“Kes yang saya kongsikan ini hanyalah salah satu daripada ribuan komen dan mesej kami Pemuda UMNO terima setiap hari.

“Dalam mesyuarat saya dengan Ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri seluruh Malaysia semalam untuk penyelarasan gerak kerja bantu rakyat juga kami berkongsi pelbagai isu rakyat yang hakikatnya amat susah, terdesak dan tertekan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pergerakan Pemuda sebelum ini konsisten memperjuangkan 10 tuntutan rakyat termasuk penambahbaikan pakej bantuan i-Citra, moratorium, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan Bantuan Prihatin Rakyat.

“Apakah anda bersetuju dengan inisiatif Pemuda UMNO untuk desak kerajaan agar tambah baik dan segerakan pakej bantuan termasuk melibatkan wang rakyat sendiri dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (i-Citra), moratorium tanpa faedah terakru, LPPSA dan lain-lain sebagaimana 10 #tuntutanrakyat?” soal beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.