Kerajaan Perlu Perjelas 3 Perkara Isu Ordinan Darurat – Najib

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kerajaan perlu memberi penjelasan berhubung isu Ordinan Darurat secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan terhadap ahli Parlimen dan rakyat seluruhnya. Menurut Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat tiga persoalan yang perlu dirungkai selepas kerajaan memaklumkan Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu. “Adakah proses undang-undang telah diamalkan dalam erti kata apa-apa […]

» Read more

Mesej Doktor Kontrak Jelas, Kerajaan Perlu Cari Jalan Penyelesaian Terbaik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 27 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kerajaan untuk berkompromi dan cuba mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya bersama doktor lantikan kontrak yang berkhidmat di hospital-hospital seluruh negara. Jelas beliau, lebih-lebih lagi para doktor ketika ini berada dalam kepenatan dan tekanan melindungi nyawa rakyat daripada pandemik COVID-19. “Laporan media menyebut sebelum hartal berlangsung ada […]

» Read more

PN Gunakan Parlimen Hanya Untuk Memenuhi Kepentingan Mereka – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan pembatalan Ordinan Darurat oleh kerajaan semalam adalah tidak berpelembagaan. Katanya ini kerana pembentangan Ordinan berkaitan Darurat ini telah dijadualkan untuk dibentangkan dalam persidang Parlimen Khas namun secara tiba-tiba ia telah dibatalkan. “Semua dilakukan tanpa ketelusan. Tiada pengumuman rasmi, tiada pembentangan di Parlimen, tiada makluman dari Istana Negara […]

» Read more

Batal Darurat Tanpa Makluman Awal Bukti Kerajaan Gagal Tangani COVID-19 – Azril Rizal

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit menyifatkan kenyataan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pembatalan darurat pada 21 Julai lalu amat mengejutkan. Katanya, malahan ianya hanya dimaklumkan semalam walaupun telah ditamatkan lima hari sebelumnya. “Ternyata tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang tidak munasabah dan melanggar prinsip-prinsip Ordinan Darurat yang […]

» Read more

Gagal Eksperimen Darurat, Sekarang Ke Mana Haluan Kerajaan? – Mohd Fadzil

KUALA LUMPUR, 27 Julai – “Apakah kerajaan Malaysia masih berfikir orang Malaysia ini masih bodoh dan akan menerima sahaja tindakan mereka yang tidak telus?” demikian luahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Mohd Fadzil Zolkipli berkenaan pembatalan darurat secara tiba-tiba oleh kerajaan. Katanya, rakyat mempersoalkan adakah benar darurat ditamatkan 21 Julai atau hanya keputusan dibuat tergesa-gesa berikutan arahan letak jawatan Presiden […]

» Read more

Pembatalan Darurat Secara Tiba-Tiba, Penghinaan Kepada Institusi Parlimen Dan Rakyat – Mohd Hairi

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mempersoal langkah kerajaan yang secara tiba-tiba mengisytiharkan bahawa semua enam Ordinan Darurat yang telah diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini direvoke atau telah dibatalkan pada 21 Julai lalu. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata keadaan ini mengundang kekeliruan malah dikecam hebat warga netizen termasuk juga pengamal undang-undang yang menyifatkan […]

» Read more

Darurat Ternyata Gagal Dan Menyusahkan Rakyat – Fairuz Edzuan

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Edzuan Jamaludin berkata mengikut statistik data jelas menunjukkan bahawa darurat yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah gagal mengawal penularan pandemik COVID-19. Jelasnya ini kerana pada awal pengisytiharan darurat iaitu pada 12 Januari, kes harian hanyalah 3,309 namun selepas hampir tujuh bulan pada 27 Julai kes harian meningkat secara drastik […]

» Read more

Menteri Beri ‘Lesen’ Kepada Kilang Panas Telinga, Salahkan Orang Lain Tak Beri Sebarang Kesan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz ketika di Dewan Rakyat semalam bahawa lebih 50 peratus kluster tempat kerja melibatkan subkategori pengilangan perlu diambil perhatian. Rekod yang disebutkan Tengku Zafrul tersebut diambil sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa bermula 1 Jun 2021. “Lebih […]

» Read more

Elak Malapetaka Lebih Besar, PKP Menyeluruh Perlu Dilaksanakan Sekurang-kurangnya 14 Hari – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpandangan kerajaan tiada pilihan selain melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lockdown menyeluruh selama sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata PKP kali ini mestilah dilaksana seperti PKP 1.0. “Semua sektor ditutup sepenuhnya. Tiada lagi kilang dibenarkan beroperasi atas nama essential services selama 14 hingga […]

» Read more

COVID-19: Tingkatkan Kadar Vaksinasi, Perhebatkan Usaha Kurangkan Kadar Jangkitan Kes – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Sepatutnya kita mengamalkan pendekatan serampang dua mata bagi melindungi rakyat dari pandemik COVID-19, saran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, kadar vaksinasi dipertingkat dan dalam masa sama usaha kurangkan kadar jangkitan diperhebat. “Kita sokong penuh usaha meningkatkan vaksinasi kerana memang ini yang dituntut selama ini. Namun kita […]

» Read more
1 1,665 1,666 1,667 1,668 1,669 2,429