Usaha Lahirkan Huffaz Seluruh Negara Wajar Diteruskan Kerajaan Baharu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin usaha murni melahirkan ramai Huffaz di seluruh negara wajar diteruskan oleh kerajaan baharu. Katanya, usaha ini adalah sebuah usaha rentas politik dan ia lambang tekad Malaysia untuk membentuk masyarakat terbilang. Jelas Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), pada tahun 2017 kerajaan BN menyasarkan untuk […]

» Read more

Bantu Siswazah Lepasan Universiti Jadi Usahawan, Antara Fokus Noh Omar Di MEDAC

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu. Beliau menerusi hantaran di Facebooknya juga memaklumkan pada sesi taklimat bersama Ketua Setiausaha Kementerian pagi tadi bahawa beliau ingin menfokuskan penekanan awal kepada empat perkara. “Pertama, bagaimana cara untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan. […]

» Read more

Notis Usul RUU Pemecatan Ahli Parlimen Telah Dihantar Ke YDP Dewan Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan beliau telah menghantar suatu notis Usul kepada Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk Rang Undang-undang (RUU) Ahli yang Bukan Ahli Kerajaan semalam. Jelas Azalina usul RUU yang dicadangkan bertajuk Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 yang disifatkan beliau selari dengan […]

» Read more

Penduduk Lembah Klang Perlu Patuhi SOP Dengan Ketat, Masih Ada Yang Belum Divaksin – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap penduduk di Lembah Klang untuk kekal mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekiranya kerajaan menetapkan kawasan tersebut beralih ke Fasa 2 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Jelas beliau ini kerana rakyat perlu memahami bahawa ancaman COVID-19 masih wujud malah individu yang telah divaksin satu […]

» Read more

‘DNA’ UMNO Sentiasa Bantu Rakyat Dalam Apa Jua Keadaan

JERAI, 1 Sept – Penduduk yang terlibat dengan bencana banjir kepala air Gunung Jerai baru-baru ini perlu terus dibantu dengan penglibatan semua pihak termasuklah kerajaan negeri mahu pun NGO serta parti politik agar masalah yang dihadapi oleh mereka yang terkesan dapat dicari jalan penyelesaian. Walaupun UMNO kehadapan dalam soal membantu mereka yang terlibat, namun banyak lagi yang diperlukan dan inilah […]

» Read more

Pidato Online Suntikan Baharu Jentera Penerangan – Shahril

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata Pertandingan Pidato Online yang berakhir di Johor Selasa malam secara keseluruhannya mengujakan banyak pihak. Menurut beliau memandangkan ianya salah satu kaedah baru yang diperkenalkan, rata-rata mereka yang terlibat dan menyertainya teruja dengan pendekatan tersebut yang sekaligus bukan sahaja dapat mencungkil bakat baharu malah mengasah bakat lama yang terpendam. “Alhamdulillah […]

» Read more

Yakini BN/UMNO… Kesan Positif Kerajaan Malaysia Untuk Masa Hadapan – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua untuk terus berikan sokongan kepada Perdana Menteri (PM) baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kerajaan Malaysia dengan doa dan harapan bahawa pelbagai krisis yang melanda sebelum ini akan berakhir. Katanya, berlaku perkembangan positif dalam bacaan Bursa Malaysia apabila meneruskan aliran meningkat selepas pertukaran kepimpinan […]

» Read more

Ziyad Zolkefli Atlet Luar Biasa, Wira Negara Dan Dunia – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Pencapaian Ziyad Zolkefli semalam dalam acara Lontaran Peluru F20 Paralympics walaupun tidak diiktiraf oleh Majlis Paralimpik, adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan negara dan menggegarkan dunia, ujar Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan. Ziyad memecahkan rekod dunia bukan sahaja sekali, tetapi dua kali, dengan lontaran sejauh 17.62 dan 17.94 jauh meninggalkan petanding yang lain. “Beliau memecahkan […]

» Read more

Kerajaan Baharu Pimpinan UMNO Mudahkan Pelbagai Tugasan, Lebih Tersusun – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Adham Baba yakin dengan kerajaan baharu yang diterajui pemimpin UMNO iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dapat memudahkan pelbagai tugasan dengan lebih tersusun. Beliau yang telah dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi mengakui bahawa sepanjang dua minggu lepas adalah waktu kritikal dalam politik negara. […]

» Read more

Buktikan Pencapaian Dalam Tempoh 100 Hari, Pesan PM Kepada Anggota Kabinetnya

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan para Menteri Kabinet bahawa setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari. Tegasnya, tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini. “Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan […]

» Read more
1 1,633 1,634 1,635 1,636 1,637 2,429