Ziyad Zolkefli Atlet Luar Biasa, Wira Negara Dan Dunia – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Pencapaian Ziyad Zolkefli semalam dalam acara Lontaran Peluru F20 Paralympics walaupun tidak diiktiraf oleh Majlis Paralimpik, adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan negara dan menggegarkan dunia, ujar Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan.

Ziyad memecahkan rekod dunia bukan sahaja sekali, tetapi dua kali, dengan lontaran sejauh 17.62 dan 17.94 jauh meninggalkan petanding yang lain.

“Beliau memecahkan bukan sahaja rekod dunia paralimpik, tetapi juga rekod kebangsaan untuk atlit biasa dan atlit para yang cukup luar biasa.

“Saya berharap agar kerajaan tetap mengiktiraf pencapaian Ziyad dengan memberikan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang diperuntukkan kepada atlit-atlit yang mengharumkan negara di persada dunia.

“Ziyad adalah pemenang pingat emas bagi Malaysia. Kita perlu memberi penghargaan kepada Ziyad sebagai tanda sokongan kami terhadap pengorbanan beliau sekian lama demi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu berharap Ziyad terus berjuang dan bersabar, insyaAllah selepas habisnya sukan paralimpik, kontinjen Malaysia akan tetap menghantar bantahan rayuan kepada penganjur atas satu keputusan yang tidak adil dan amat tidak mencerminkan semangat kesukanan.

“Kepada Ziyad, there is nothing that you need to be sorry for, you gave them hell on the world stage. Your performance made all of us Malaysians proud. And you will forever be recognized as the greatest athlete to have ever competed in the shot put event,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.