Bantu Siswazah Lepasan Universiti Jadi Usahawan, Antara Fokus Noh Omar Di MEDAC

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar hari ini memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya juga memaklumkan pada sesi taklimat bersama Ketua Setiausaha Kementerian pagi tadi bahawa beliau ingin menfokuskan penekanan awal kepada empat perkara.

“Pertama, bagaimana cara untuk membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan.

“Kedua, keperluan untuk membantu siswazah lepasan universiti untuk menjadi usahawan.

“Ketiga, bagaimana kaedah terbaik untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan untuk menjadi usahawan dan keempat bantuan untuk koperasi perlu disegerakan,” katanya.

Sementara itu, Noh juga merakamkan ucapan terima kasih kepada di atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas pelantikan beliau.

“Insya-Allah saya cuba buat yang terbaik untuk membantu sahabat-sahabat usahawan semua,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.