Rakyat Menaruh Harapan Anggota Kabinet, Jangan Ulangi Pendekatan Lama Yang Timbulkan Kekecewaan Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat menaruh harapan tinggi kepada seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri yang diumumkan baru-baru ini. Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook, meskipun majoriti anggota Kabinet terdiri daripada barisan kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu. “Maka seharusnya […]

» Read more

Masa Untuk ‘Rakyat Menguasai Wakilnya’, Perkenalkan Akta Pemecatan Ahli Parlimen

SETELAH 64 tahun kita meraikan kemerdekaan tanah air Malaysia, kini terdapat gejala berleluasa di mana wakil-wakil rakyat membelakangi bukan sahaja parti politik yang memberikan watikah pencalonan kepada mereka, tetapi juga masyarakat akar – umbi yang bersusah payah meraih undi dari pintu ke pintu, malah lebih-lebih lagi rakyat yang telah membuang undi untuk wakil rakyat tersebut di atas kepercayaan perwakilan mereka […]

» Read more

Hutan Simpan Kuala Langat Utara: Langkah Drastik Perlu Jika Kerajaan Negeri Masih Berkeras – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 1 Sept. – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyarankan agar suatu langkah akhir dan drastik dibuat oleh Kerajaan Persekutuan berikutan isu membabitkan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) ekoran keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah bersetuju menyahwartakannya. Katanya, Kerajaan Persekutuan boleh mempertimbang menggunakan peruntukan Perkara 83 Perlembagaan Persekutuan untuk mengambil hak milik kawasan yang telah […]

» Read more

Terus Mara Perkukuh UMNO, Jangan Bernostalgia Kejayaan Masa Lampau – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 31 Ogos – UMNO perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya untuk mengelakkan parti itu ditolak masyarakat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata meskipun telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk rakyat, namun ianya tidak lagi menjadi perkiraan ketika […]

» Read more

Nilai Kemerdekaan Merentasi Pelbagai Aspek Kehidupan – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berpandangan nilai kemerdekaan pada kali ini disifatkan lebih meluas. Jelas beliau ini kerana pada zaman dahulu rakyat berjuang dalam memerdekakan negara namun kini cabarannya adalah berbeza. “Kini, cabaran kita adalah memastikan negara dan rakyat Malaysia ini merdeka daripada aspek ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan […]

» Read more

Rakyat Mewarisi Sebuah Keluarga Malaysia – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengajak rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan dengan jiwa yang kental ketika negara masih berdepan dengan suasana cabaran pandemik COVID-19 yang masih mencengkam kehidupan. Jelas beliau, ini kerana rakyat mewarisi sebagai sebuah Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. “Mari bersama teguh bersama memacu keluhuran, kedaulatan dan kemakmuran […]

» Read more

PM Seru Rakyat Dalami Tema Hari Kebangsaan 2021 Malaysia Prihatin

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru rakyat mendalami tema sambutan Hari Kebangsaan 2021 iaitu Malaysia Prihatin serta memupuk sifat keprihatinan dalam diri. Beliau menerusi catatan di Facebook rasminya berkata prihatin adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat di negara ini. “Bila kita prihatin, kita empati dengan kesusahan orang […]

» Read more

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-64, Kembali Bangunkan Negara Unggul Terbaik – Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru semua untuk meraikan sambutan hari kemerdekaan ke-64 dengan semangat untuk kembali kuatkan Malaysia. Katanya, semenjak dua tahun kebelakangan ini, momen istimewa saat keraian sebuah kemerdekaan telah hilang untuk dinikmati dan Malaysia terperuk dalam kancah pendemik, politik dan kemelesetan ekonomi yang meruncing. “Hari ini adalah hari istimewa […]

» Read more

BN Sokong Tema Keluarga Malaysia, Ambil Semangat UMNO Sebagai Satu Kompenan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mengambil semangat UMNO sebagai salah satu parti dalam komponennya untuk mengeluarkan beberapa ketetapan berkaitan kerajaan baharu. Dalam satu kenyataan media hari ini, BN mengambil ketetapan berikutan hasil keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah mengadakan mesyuaratnya pada 27 Ogos lalu. Mak dengan ini Dewan Tertinggi BN telah bersetuju bahawa: […]

» Read more

Pertandingan Pidato Online PUMAS Bukti Kesungguhan UMNO Berdepan Pelbagai Kemelut – Noh Omar

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berbangga dengan pencapaian Penerangan UMNO Malaysia yang berjaya merintis langkah mengaplikasi pertandingan pidato secara online buat julung kalinya walaupun berdepan dalam kemelut politik dan pandemik COVID-19. Katanya, kejayaan ini adalah langkah positif UMNO untuk lebih maju ke hadapan dan seterusnya menjadi antara salah satu persediaan […]

» Read more
1 1,634 1,635 1,636 1,637 1,638 2,429