RMK-12 Garis Panduan Wujudkan Rakyat Lebih Berdaya Saing – Azhari

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan garis panduan atau dasar terbaik mewujudkan rakyat Malaysia yang lebih berdaya saing. Menurut beliau, dengan matlamat ‘Keluarga Malaysia’  iaitu  ‘Makmur, Inklusif dan Mampan’, RMK-12 dilihat sebagai satu dasar yang membolehkan […]

» Read more

Tukar Kerajaan Beri Implikasi Besar Kepada Negara… Ekonomi, Kestabilan Politik, Perpaduan Segala-galanya – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan bahawa implikasi menukar kerajaan pada 9 Mei 2018 terlalu besar terpaksa ditanggung negara. Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dalam aspek ekonomi, kestabilan politik dan perpaduan kaum adalah segala-galanya. “Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 15,537 perniagaan terpaksa ditutup dari tahun 2020 hingga Ogos 2021. “Itu kita […]

» Read more

RMK-12: Jawatankuasa Khas Pantau, Urus Projek Pembangunan Luar Bandar Perlu – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Jawatankuasa Khas antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dibentuk bagi memantau dan mengurus rangka kerja projek pembangunan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata pewujudan jawatankuasa itu penting agar segala peruntukan di bawah rancangan dalam tempoh lima tahun itu sampai kepada sasaran […]

» Read more

Pemuda UMNO Sambut Baik Komitmen Kerajaan Sokong Perkembangan Ekonomi GIG – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemuda UMNO hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob yang menyatakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan ekosistem menyokong perkembangan ekonomi GIG dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menurut beliau berita ini amat dinanti-nantikan untuk pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri ekonomi GIG terutamanya p-hailing dan […]

» Read more

Agenda Bumiputera, Keluarga Malaysia Terus Diperkasa – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan agenda Bumiputera akan terus diperkasa dan tidak akan diabaikan, sebagaimana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak dan keistimewaan Melayu dan anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum lain. Perkara itu dinyatakan dalam Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia iaitu fokus […]

» Read more

RMK-12 Bersifat Inklusif, Pantau Sikap Diskriminasi Majikan Terhadap Gaji Wanita – Haryaty

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat satu pembentangan yang bersifat inklusif dan mampan selari dengan matlamat kerajaan ‘Keluarga Malaysia’. Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah berkata umum mengetahui pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara telah memberikan kesan yang serius khususnya dalam pembangunan negara. Oleh […]

» Read more

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Bagi Membangun Dan Mengukuh Ekonomi Dalam RMK-12 – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 dirancang untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi, menangani cabaran sosioekonomi dan meningkatkan daya saing negara untuk menjadi pemain yang lebih berdaya tahan dan lestari dalam pentas dunia. Dalam lima tahun ke depan, ekonomi negara dijangka pulih dan […]

» Read more

Sempena Hari Sungai Sedunia 2021, Perkuat Azam Jaga Kelestarian Sungai Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kekhuatiran beliau dengan perkembangan semasa berhubung pencemaran sungai yang masih berterusan. Oleh itu bersempena dengan Hari Sungai Sedunia 2021 beliau mengajak masyarakat untuk memperkuatkan azam bagi menjaga kelestarian sungai di Malaysia. “Tiga punca sering dikaitkan dengan pencemaran sungai adalah buangan industri, aktiviti penternakan dan buangan domestik. […]

» Read more

RMK12 Bawa Keluarga Malaysia Ke Hadapan, Struktur Semula Ekonomi – PM

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang merangkumi separuh pertama pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bakal membawa Keluarga Malaysia ke hadapan dengan menstruktur semula ekonomi negara sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelan pembangunan 2021-2025 dengan objektif ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’ bertujuan menangani isu semasa, memulih serta merancakkan semula pembangunan […]

» Read more

RMK-12 Penting Untuk Masa Depan, Sediakan Negara Kalis Krisis – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menekankan bahawa dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2021-2025 penting kepada masa hadapan negara. Ini kerana katanya, ekonomi Malaysia perlu disedia supaya kalis krisis di samping ekonomi rakyat yang mesti dipulihkan kepada keadaan sebelum COVID-19 malah lebih baik dari itu. “Jurang pembangunan antara negeri perlu didekatkan dan jurang pendapatan […]

» Read more
1 1,620 1,621 1,622 1,623 1,624 2,430