Saya Sedia Berkhidmat… Guna ‘Tulang Empat Kerat’ Untuk DUN Karambunai – Yaakub

SEPANGGAR, 13 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) DUN Karambunai, Datuk Yaakub Khan sedia menyerahkan ‘tulang empat keratnya’ kepada masyarakat di kawasan terbabit dalam usaha memastikan penduduk setempat mendapat perhatian dan tumpuan sewajarnya. Tegasnya, beliau tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang tetapi itulah yang akan menjadi resepi kelak sekiranya masyarakat terutama para pengundi memberikan kepercayaan kepada beliau serta BN dan […]

» Read more

BN Wadah Tepat Untuk Rakyat… Cukuplah Sabah Gagal Di Bawah Warisan

TAWAU, 13 Sept – Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazali Ansing berkata, proses penamaan calon yanag berjalan lancar bermakna bermulanya kempen 14 hari sebelum hari pengundian yang akan membawa jentera Barisan Nasional (BN) untuk bergerak dan bekerja bagi meyakinkan seluruh penduduk khususnya rakyat Sabah bahawa hanya BN yang mampu membela nasib rakyat. Tegasnya, BN adalah wadah yang tepat untuk rakyat Sabah […]

» Read more

PRN Sabah: Dua Tahun Adalah Tempoh Yang Amat Menyiksakan Buat Rakyat Sabah

KINABATANGAN, 12 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau Datuk Jafry Ariffin berkata, dua tahun adalah satu tempoh yang lama dan amat menyiksakan bagi rakyat Sabah. Ujar beliau, banyak bantuan yang diberikan semasa pentadbiran BN dahulu ‘hilang’ apabila pucuk pimpinan negeri Sabah bertukar dan diterajui oleh Warisan/PH. “Rata-rata rakyat khususnya di DUN Sukau masih kais […]

» Read more

PRN Sabah: Jentera Diseru Gempur Pihak Lawan Pastikan Kemenangan BN

TAWAU, 12 Sept – Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung, Hamild @ Hamid Awang mengajak anggota jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk menggempur pihak lawan dan bersama pengundi bagi memastikan kemenangan pada 26 Sept kelak. Katanya, dalam menghadapi PRN kali ini dengan enam calon lain tentunya agak mencabar. “Alhamdulillah sudah selesai penamaan calon […]

» Read more

Calon KM Sabah… Diputuskan Oleh ADUN Yang Menang – Annuar

KOTA KINABALU, 12 Sept. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menjelaskan tajuk berita ‘Hajiji calon KM Sabah – Muhyiddin’ tidak mengambarkan apa yang sebenarnya ditutur oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Saya baru bercakap dengan editor yang melaporkan “Hajiji calon KM Sabah-Muhyidin” Setelah disemak, ia jelas tidak menggambarkan apa yang sebenar dituturkan oleh YAB PM,” […]

» Read more

PRN Sabah: Lima Penjuru Di DUN Lamag

KINABATANGAN, 12 Sept – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Warisan, PCS, parti Perpaduan Sabah dan seorang bebas. Calon BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin dicabar oleh Mohd Ismail Ayub (Warisan), Razman Mayah (PCS), Muhammad Azrulzainie @ Sairin Abd Rahman (Parti Perpaduan Sabah) dan Junih @ Keruak […]

» Read more

Ketua Menteri Akan Ditentukan ADUN Dan Rakan Kongsi BN Sabah Sepenuhnya – Zahid

KINABATANGAN, 12 Sept – Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa calon Ketua Menteri Sabah hanya akan dipilih dan ditentukan oleh barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) dan rakan kongsi politik apabila cukup bilangan kerusi selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diumumkan pada 26 September nanti. Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inilah kuasa mutlak […]

» Read more

Yaakub Khan Berdepan Enam Penjuru Di DUN Karambunai

SEPANGGAR, 12 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Yaakub Khan berdepan dengan lima lagi calon lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai. Lima lagi calon yang akan bertanding ialah Ahmad Jais Otong (Parti Warisan), Nerudin Ludah (Parti Gagasan Rakyat Sabah), Dayangku Ayesha Humaira Bt Ak Othman Shah, Marajoh Unding (LDP) dan […]

» Read more

PRN Sabah: Ahmad Zahid Suntik Semangat Jentera Di DUN Lamag

KINABATANGAN, 12 Sept – Kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mengiringi Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menjadi calon di N58 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag ke Pusat Penamaan Calon Dewan Sri Lamag sudah pastinya memberi satu semangat luar biasa kepada semua penyokong parti. Walaupun tidak dapat berarak ke pusat penamaan […]

» Read more

‘Kita Ubah Balik’ Semarak Di Sepanggar

SEPANGGAR, 12 Sept – Lebih 100 penyokong Barisan Nasional (BN) berkumpul dan mengiringi calon BN, Datuk Yaakub Khan yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai serta Datuk Jumat Idris di DUN Darau bersama dengan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. Walaupun penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) tertakluk kepada SOP yang ditetapkan, masing-masing seawal 7.30 pagi […]

» Read more
1 1,499 1,500 1,501 1,502 1,503 2,093