PRN Sabah: Ahmad Zahid Suntik Semangat Jentera Di DUN Lamag

KINABATANGAN, 12 Sept – Kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi mengiringi Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menjadi calon di N58 Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag ke Pusat Penamaan Calon Dewan Sri Lamag sudah pastinya memberi satu semangat luar biasa kepada semua penyokong parti.


Walaupun tidak dapat berarak ke pusat penamaan kerana wabak COVID-19, namun itu tidak sedikit pun mematahkan semangat jentera di DUN ini untuk terus bekerja keras.

Sebelum mengiringi Bung Moktar, Ahmad Zahid terlebih dahulu mengunjungi command center DUN Lamag bagi memberi semangat kepada seorang lagi calon lain di Parlimen Kinabatangan iaitu calon di N59 DUN Sukai Datuk Jafry Ariffin.

Ahmad Zahid turut membacakan doa sebelum mengiringi Bung Moktar ke pusat penamaan.

Untuk rekod, Parlimen Kinabatangan mempunyai tiga DUN, selain DUN Lamag dan DUN Sukai, satu lagi DUN ialah N57 DUN Kuamut di mana BN meletakkan Juhari Janan sebagai calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian adalah pada 26 September.

PRN Sabah diadakan berikutan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sementera Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu. – UMNO ONLINE

Oleh: Azlina Rosdy

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.