BN Wadah Tepat Untuk Rakyat… Cukuplah Sabah Gagal Di Bawah Warisan


TAWAU, 13 Sept – Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazali Ansing berkata, proses penamaan calon yanag berjalan lancar bermakna bermulanya kempen 14 hari sebelum hari pengundian yang akan membawa jentera Barisan Nasional (BN) untuk bergerak dan bekerja bagi meyakinkan seluruh penduduk khususnya rakyat Sabah bahawa hanya BN yang mampu membela nasib rakyat.

Tegasnya, BN adalah wadah yang tepat untuk rakyat Sabah malah rakyat telah lihat selama 24 bulan di bawah pemerintahan Warisan tidak ada apa-apa perubahan.

“Selama 24 bulan di bawah Warisan apa yang rakyat Sabah ini dapat? Seperti di kampung saya sendiri, isu air masih belum selesai, isu jambatan-jambatan kampung sehingga ke hari ini masih belum selesai, kebajikan terabai, pekerjaan kurang dan pengangguran semakin ramai.

“Ini adalah perkara-perkara yang kita harus fokuskan dan selesaikan. Jika dilihat hari ini ekonomi negeri Sabah sendiri jauh merudum, malah sepanjang 25 tahun ini tak pernah dalam sejarah pembangunan ekonomi kita hanya naik 0.3 peratus iaitu sangat-sangat teruk malah ibarat tiada langsung pembangunan atau rangsangan ekonomi dibuat,” katanya kepada UMNO Online.

Jadi ujarnya, ini adalah satu kegagalan dari pihak Warisan setelah menjadi kerajaan sepanjang 24 bulan.

“Saya harapkan rakyat khasnya janganlah buat kesilapan kali kedua yang kita sedar dan akui pada pilihan raya yang lepas kita terikut-ikut dengan budaya tohmahan dan fitnah daripada pihak lawan dan saya mengharapkan kali ini rakyat tidak tertipu dan kembalikan hak rakyat.”

Berkaitan dengan tohmahan dan fitnah yang acapkali dilontarkan kepada BN, katanya ini adalah perkara biasa dan sentiasa berlaku termasuk di luar tempoh berkempen sekalipun.

“Insya-Allah kita akan menanganinya dengan baik sebab sehingga ke hari ini kita yakin kita tidak melakukan sebarang kesilapan dan tidak pernah melakukan sebarang tuduhan jahat kepada parti-parti lawan. Apa yang kita bawa adalah fakta dan rakyat melihat apa yang BN telah lakukan,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.