PRN Sabah: Lima Penjuru Di DUN Lamag

KINABATANGAN, 12 Sept – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Warisan, PCS, parti Perpaduan Sabah dan seorang bebas.

Calon BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin dicabar oleh Mohd Ismail Ayub (Warisan), Razman Mayah (PCS), Muhammad Azrulzainie @ Sairin Abd Rahman (Parti Perpaduan Sabah) dan Junih @ Keruak Abdullah (Bebas).

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suhaimi Haji Ejip pada jam 11.00 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, di sini ditutup pada jam 10 pagi.

Untuk rekod, kerusi DUN Lamag adalah DUN baru yang di pertandingan.

Pada PRU Ke-14, sebanyak 60 kerusi DUN dipertandingkan. Pada Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul tambahan 13 kerusi DUN Sabah.

Selain Lamag, kerusi baru yang lain adalah Sungai Manila (Libaran), Bengkoka (Kudat), Darau (Sepanggar), Limbahau (Papar), Telupid (Beluran), Lamag (Kinabatangan), Kukusan (Kalabakan), Bandau (Kota Marudu), Segama (Parlimen Lahad Datu yang telah dinamakan semula daripada Silam), Pintasan (Kota Belud), Tanjung Keramat (Putatan), Pantai Dalit (Tuaran), dan Tulid (Pensiangan).

Pengundian awal bagi PRN Sabah adalah pada 22 September dan hari pengundian adalah pada 26 September ini. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.