Tetapkan Hati Undi Calon BN, Angkat Chaya Sebagai Pemimpin Wanita

KALABAKAN, 22 Sept. – Pengundi-pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu membulatkan tekad dan memilih calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan masa hadapan mereka terbela, kata Exco Wanita UMNO, Datuk Noraslina Zainal Abidin. Katanya, telah terbukti bahawa hanya BN yang mampu membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat sedangkan parti Warisan yang menggantikan sebelum ini tidak membawa apa-apa pembaharuan. “Saya […]

» Read more

Kenyataan Insiden Tanduo: Saya Cukup Kecewa Dan Ia Agak Keterlaluan – Yaakub Khan

SEPANGGAR, 22 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Senator Datuk Yaakub Khan melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Warisan berhubung  pengorbanan anggota keselamatan ketika pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 lalu. Sambil menyifatkannya sebagai agak keterlaluan, Yaakob yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Sabah turut melihat ianya agak luar daripada sifat kemanusiaan seorang […]

» Read more

Terlalu Banyak Jasa BN Untuk Sabah, Jangan Tersilap Langkah… – Pengundi Tegar BN

TAWAU, 22 Sept. – Rakyat Sabah khususnya para pengundi diseru untuk terus memilih hanya calon Barisan Nasional (BN) menjelangnya hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sabah pada Sabtu ini. Bagi Oley Apna, 75, pengundi-pengundi perlu melihat BN secara keseluruhan apatah lagi telah terbukti bahawa jasa-jasa BN kepada Sabah terlalu banyak. “Memang banyak kemajuan-kemajuan yang telah dibawa oleh Barisan Nasional […]

» Read more

Ulang Dan Terus Ulang… Jangan Silap Pilih, Jadikan Kerajaan Sabah Sehaluan Dengan Persekutuan

SEPANGGAR, 22 Sept – Rakyat Sabah khususnya kalangan pengundi sekali lagi diingatkan agar jangan silap memilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept nanti kerana berdasarkan Aku Janji Barisan Nasional (BN) serta rakan gabungannya yang lain telah sama-sama bertekad untuk memastikan agenda rakyat Sabah terus menjadi keutamaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata di dalam Aku Janji […]

» Read more

Pengundi Karambunai Sedar Yang Ditolak Dulu Permata, Yang Dikejar Selama Ini Kaca

SEPANGGAR, 22 Sept – Tinggal beberapa hari sahaja lagi tempoh berkempen yang akan berakhir pada 25 Sept ini, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sepanggar, Senator Datuk Yaakub Khan yakin pengundi di kawasan tersebut sudah sedia untuk bersama-sama menjayakan slogan ‘ubah balik’. Ini kerana katanya pengundi telah menyedari bahawa apa yang mereka buang pada Pilihan Raya Umum (PRU) […]

» Read more

Hina Anggota Keselamatan Alasan Kukuh Pengundi Awal Tolak Warisan – Noraini

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, penghinaan terhadap warga keselamatan negara seharusnya menjadi alasan paling kukuh untuk para pengundi awal yang melibatkan 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis menolak parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ujar beliau, walaupun Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi telah memohon maaf tetapi […]

» Read more

Pengundi Diseru Tolak Semua Calon Warisan

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim menyeru semua pengundi di Sabah menolak sama sekali calon Warisan di Sabah ekoran kenyataan melampau penimpin parti itu terhadap anggota keselamatan negara. Ini tegasnya berikutan kenyataan calon Warisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Mohamaddin Ketapi, yang menyifatkan peristiwa di […]

» Read more

Tidak Ada Makna Permohonan Maaf Mohamaddin Ketapi, Wajib Ditolak – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 21 Sept. – “Tidak ada makna permohonan maaf Mohamaddin Ketapi, calon Warisan DUN (Dewan Undangan Negeri) Segama yang menghina 12 orang wira negara, tentera dan polis,” bidas Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata demikian susulan permohonan maaf Mohamaddin kepada anggota keselamatan berhubung video mempersenda mereka yang tersebar sebelum ini. “Sebagai […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Kecam Kenyataan Berbaur Hasutan Mohamaddin, Gesa Tindakan Diambil

LAHAD DATU, 21 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah dan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah mengecam kenyataan berbaur hasutan yang telah dikeluarkan oleh Mohamaddin Ketapi, calon Warisan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama yang telah menghina juga memperlekeh perjuang-pejuang keselamatan negara yang telah berkorban mempertahankan kedaulatan rakyat Negeri Sabah pada peristiwa Tanduo, Lahad Datu. Sehubungan itu, laporan polis telah […]

» Read more

Hina Anggota Keselamatan: Melampau Dan Keterlaluan – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Wanita UMNO Malaysia mendesak Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian Lahad Datu. Ujar Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, apa yang diucapkan oleh Mohamaddin ketika berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah sesuatu yang keterlaluan dan melampau. “Wanita UMNO berasa kesal dengan ucapan […]

» Read more
1 1,477 1,478 1,479 1,480 1,481 2,084