Tetapkan Hati Undi Calon BN, Angkat Chaya Sebagai Pemimpin Wanita

KALABAKAN, 22 Sept. – Pengundi-pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu membulatkan tekad dan memilih calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan masa hadapan mereka terbela, kata Exco Wanita UMNO, Datuk Noraslina Zainal Abidin.

Katanya, telah terbukti bahawa hanya BN yang mampu membawa kemajuan dan pembangunan kepada rakyat sedangkan parti Warisan yang menggantikan sebelum ini tidak membawa apa-apa pembaharuan.

“Saya hadir di sini bagi membantu kempen satu-satunya calon wanita untuk BN yang bertanding bagi memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) N70, Kukusan, Chaya Sulaiman yang saya lebih mesra dengan panggilan kak Chaya.

“Saya sudah cukup lama mengenali beliau dan saya yakin bahawa beliau merupakan seorang yang mampu untuk membawa kemajuan dan pembelaan kepada penduduk di sini,” katanya dalam kempennya bersama jentera BN di Kampung Sri Menanti.

Ujarnya, dengan pengalaman luas Chaya selaku Ketua Wanita UMNO Kalabakan, maka tentunya kebajikan dan keperluan rakyat tidak akan diabaikan.

“Calon kita ini dah cukup lama dalam politik dan tentunya kesetiaan serta keikhlasannya untuk berkhidmat kepada rakyat tidak boleh diragui lagi… oleh itu jangan ada rasa was-was sebaliknya tetapkanlah hati dan pilihlah calon Chaya untuk diundi.

“Kita sudah menunggu cukup lama golongan wanita untuk dicalonkan malah selepas tujuk pilihan raya kecil yang lalu pun, baru kali ini calon wanita dipilih maka kita perlu sokong beliau agar golongan wanita juga ada suaranya.

“Bagi pihak 1.3 juta ahli Wanita UMNO Malaysia, saya harap supaya pengundi di Kalabakan khususnya di DUN Kukusan untuk tunaikan hasrat mengangkat calon wanita ini sebagai pemimpin,” katanya lagi yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sembrong – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.