Sulaiman Seru Rakyat Keluar Mengundi, Melaka Perlukan Kerajaan Yang Stabil

MASJID TANAH, 20 Nov – Calon Ketua Menteri Melaka yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyeru pengundi yang belum mengundi keluar menunaikan tanggungjawab. Ini kerana katanya, pilihan raya kali ini adalah Pilihan Raya Umum Ke-15 bagi negeri Melaka untuk menubuhkan sebuah kerajaan dan selepas ini hanya akan diadakan dalam […]

» Read more

Sedikit Sesak… Anggota Keselamatan, Petugas SPR Bantu Licinkan Proses

KELEBANG, 20 Nov – Pengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, di sini turut mengambil peluang untuk membuang undi bagi memilih wakil rakyat mereka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang. Berdasarkan tinjauan UMNO Online, lokasi pusat mengundi itu yang berada di tepi jalan utama menuju ke Klebang menyebabkan berlaku sedikit kesesakan lalulintas. Ini berikutan pengundi terpaksa beratur berhampiran tepi […]

» Read more

Selesai Tunai Tanggungjawab, Harap Beroleh Kemenangan – Rahmad

AYER MOLEK, 20 Nov – Proses pengundian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek berlangsung lancar hari ini dengan para pengundi mula beratur sebaik pusat-pusat pengundian dibuka. Bagi calon Barisan Nasional (BN) di DUN Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman selamat menunaikan tanggungjawab pada jam 9.20 pagi di saluran dua bertempat di Sekolah Kebangsaan Paya […]

» Read more

SOP Pengundian Cukup Baik, Pengundi Jangan Gusar Keluar Mengundi

TANGGA BATU, 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin membuang undi di SMK Paya Rumput, di sini. Beliau yang tiba pada pukul 9.30 pagi dilihat berjalan masuk ke pusat pengundian sambil bertanya khabar anggota keselamatan yang bertugas. Suasana pengundian di awal pagi setelah pintu pusat mengundi SMK Paya Rumput mula […]

» Read more

Pengundi Diseru Laksanakan Kewajipan Hari Ini – Dr Akmal

JASIN, 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh berharap pengundi dapat menunaikan tanggungjawab sebaiknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini. Beliau turut memaklumkan bahawa proses pembuangan undi ini tidak memakan masa yang lama, malah pengundi diseru untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) antaranya seperti memakai […]

» Read more

Kalsom Noordin Selesai Mengundi, Harap Semua Berjalan Lancar

PENGKALAN BATU, 20 Nov – Proses pengundian berjalan lancar dengan menyaksikan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi setiap pengundi termasuk memeriksa suhu badan, penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka. SPR dan Kementerian Kesihatan sememangnya memandang serius cabaran pandemik COVID-19 semasa proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini. Calon Barisan Nasional (BN) […]

» Read more

Pusat Pengundian Dibuka Bermula 8 Pagi

MELAKA, 20 Nov – Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu. Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada […]

» Read more

Tolak Wakil Rakyat ‘Katak Lompat’ Demi Kepentingan Diri

MASJID TANAH, 19 Nov – Pengundi di Melaka menolak calon yang melompat parti, malah menyifatkan individu seperti ini hanya mementingkan diri. Mengimbau kembali Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Rohaya Abu Bakar, 58, suri rumah, memaklumkan beliau kecewa apabila wakil rakyat yang menjadi kepercayaan beliau berpaling tadah dengan menyertai parti lain. “Kami dulu masa PRU-14 berkempen balik sampai ke satu […]

» Read more

Kempen Terbaik Hadapi PRN Norma Baharu – Dr Zambry

MASJID TANAH, 19 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan jentera parti telah melaksanakan yang terbaik ketika berdepan dua minggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Jelas beliau, meskipun di luar kelaziman pilihan raya sebelum ini namun ianya dilakukan dengan satu pegangan iaitu bagi memberi kemenangan kepada calon BN seterusnya bagi mengekalkan […]

» Read more

Sulaiman Bawa Kekuatan, Karakter Tersendiri Sebagai Pemimpin – Tun Khalil

MASJID TANAH, 19 Nov – Bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob mengakui calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mempunyai kekuatan berserta karakter yang tersendiri sebagai pemimpin. Katanya, calon Ketua Menteri Melaka itu juga merupakan seorang yang komited dalam membawa negeri ke arah pembangunan. “Sulaiman mempunyai personaliti yang sangat bagus tiada siapa boleh […]

» Read more
1 3 4 5 6 7 33