SOP Pengundian Cukup Baik, Pengundi Jangan Gusar Keluar Mengundi

TANGGA BATU, 20 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin membuang undi di SMK Paya Rumput, di sini.

Beliau yang tiba pada pukul 9.30 pagi dilihat berjalan masuk ke pusat pengundian sambil bertanya khabar anggota keselamatan yang bertugas.

Suasana pengundian di awal pagi setelah pintu pusat mengundi SMK Paya Rumput mula dibuka berjalan lancar.

Pengundi masing-masing mengambil tanggungjawab membuang undi di awal pagi untuk mengelakkan kesesakan.

Rais ketika ditemui di luar pusat mengundi berkata prosedur operasi standard (SOP) pengundian cukup baik dan menyeru para pengundi untuk terus keluar mengundi.

“Saya baru sahaja selesai mengundi dan dapat melihat sendiri SOPnya baik. Jadi kepada semua pengundi jangan gusar dan ragu-ragu untuk keluar mengundi,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Katanya lagi cuaca yang baik di awal pagi dan suasana yang tenang diharap berterusan sehingga tempoh pengundian tamat. – UMNO ONLINE

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.