Terima Kasih Parti Kerana Beri Peluang, Hari Ini Saya Pulangkan Kembali Amanah – Amiruddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof mengucapkan terima kasih kepada parti yang sebelum ini telah memberikan peluang untuk beliau berkhidmat di kawasan berkenaan atas panji Barisan Nasional (BN). Beliau yang digantikan dengan muka baharu, Hameed Mytheen Kunju Basheer pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini seterusnya menambah apa […]

» Read more

Pemuda UMNO N. Sembilan Komited Bantu Jentera BN, Rangka Strategi Tersendiri

SEREMBAN, 7 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan komited untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam tempoh kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti. Kata Ketuanya Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, komitmen seratus peratus akan diberikan bagi memastikan negeri itu kembali di bawah penguasaan BN dengan kerajaan yang lebih kuat dan stabil. “Walaupun dalam keghairahan untuk membantu jentera […]

» Read more

Wanita Beri Komitmen Penuh Menangkan Calon BN – Noraini

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memberi jaminan pihaknya akan memberi komitmen penuh untuk memastikan kemenangan bukan sahaja calon wanita, tetapi semua calon BN yang bertanding. Ketua Wanita UMNO itu berharapkan segala perjuangan BN yang sentiasa komited untuk berjuang demi rakyat akan mendapat rahmat dan restu dari Yang Maha Esa. Justeru […]

» Read more

Ab Rauf Harap Seluruh Jentera Lipatgandakan Usaha, Demi Kemenangan BN

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap seluruh jentera parti di semua peringkat dapat melipatgandakan lagi gerakan dalam usaha memastikan perjalanan kempen yang akan bermula Isnin ini berjalan lancar. Apa yang penting tambah beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, kerjasama pelbagai peringkat itu penting untuk membuahkan hasil terutama dalam […]

» Read more

Beri Kami Peluang Untuk Teruskan Agenda Kemakmuran Di Melaka – Sulaiman

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga bakal Ketua Menteri sekiranya BN berjaya membentuk kerajaan negeri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berharap agar rakyat memberikan peluang kepada parti berkenaan untuk meneruskan segala perancangan sebelum ini demi kemakmuran negeri itu. Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pengundi di DUN […]

» Read more

PRN Melaka: Calon Wanita Ada Faktor ‘Wow’ Untuk Menang – Norliza

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Norliza Abdul Rahim menyifatkan lima calon wanita yang diketengahkan iaitu tiga dari Wanita UMNO dan masing-masing satu dari Puteri dan MCA mempunyai faktor ‘wow” untuk menang. Ujarnya, walaupun calon wanita di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini sekadar 18 peratus daripada keseluruhannya pencalonan Barisan Nasional (BN), namun […]

» Read more

Keupayaan Boleh Menang, Kredibiliti Calon Jadi Keutamaan Parti – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pemuda UMNO percaya kepimpinan peringkat pusat dan negeri Melaka telah menganalisa keupayaan calon untuk menang dan kredibiliti mereka sebelum diberi watikah membawa bendera Barisan Nasional (BN). Ujar Pengarah Komunikasinya Syed Mohd Johan Rizal Bin Syed Unan Mashri, dengan jumlah seramai 495,196 pengundi akan menentukan pemimpin pilihan mereka pada 20 Nov nanti, kerja keras amat diperlukan […]

» Read more

PRN Melaka: Sulaiman Ingatkan Calon Baharu BN Kerja Kuat

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Semua calon baharu Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, diingatkan supaya bekerja kuat bagi membantu pakatan itu membentuk kerajaan. Calon Ketua Menteri (KM) BN bagi pilihan raya itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata mereka harus turun padang bertemu pengundi, bagi memaklumkan segala usaha yang akan dilakukan untuk kesejahteraan rakyat. […]

» Read more

Gandingan Muka Baharu Dan Berpengalaman, Keunikan BN Dalam PRN Melaka

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Keberanian kepimpinan parti untuk membariskan beberapa wakil generasi muda merupakan petanda baik bahawa pembaharuan politik terus berlangsung dalam parti-parti Barisan Nasional (BN). Menurut Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan, di kalangan calon-calon muda ini ialah individu yang berkaliber dan bertenaga menawarkan imej segar dan ikrar khidmat bakti kepada rakyat. “Bersama calon-calon yang lebih berpengalaman, mereka mewujudkan […]

» Read more

Calon BN Selaras Dengan Kriteria WALI, Keutamaan Sekarang Menangkan Parti – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dan semoga mereka memberikan kemenangan kepada UMNO/BN. Ujar Presiden UMNO itu, beliau terpanggil untuk mengulas isu mereka yang digugurkan atau tidak terpilih kali ini. “Parti sebulat suara memutuskan memilih 86 […]

» Read more
1 24 25 26 27 28 33