Ismail Sabri Santuni Rakyat Melaka, Nikmati Minuman Ikonik ‘Coconut Shake’

KOTA MELAKA, 14 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini menyantuni rakyat di Teluk Mas. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO sempat bersarapan pagi bersama penduduk sambil menikmati minuman yang menjadi ikon kepada negeri ini iaitu coconut shake. Ahli Parlimen Bera itu turut ditemani calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Mas, Datuk Abdul Razak Abdul […]

» Read more

‘WhatsApp’ Palsu, BNCC Akan Ambil Tindakan Undang-undang

MELAKA, 14 Nov – BN Command Center (BNCC) mengesan aktiviti sebaran mesej melalui medium ‘WhatsApp’ kononnya ringkasan keputusan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Barisan Nasional (BN) berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurut BNCC dalam satu kenyataan hari ini di sini, antara lain kononnya penolakan cadangan menjadikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku calon Ketua Menteri Melaka serta persetujuan mewujudkan […]

» Read more

Manifesto Janji Kami, Akan Pastikan IKS Di Sg Rambai Terus Berkembang Maju – Siti Faizah

JASIN, 14 Nov – Manifesto yang dibentangkan oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini merupakan satu janji dan komitmen dari parti, ujar calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai Siti Faizah Datuk Abdul Azis. Merujuk kepada kawasannya, Siti Faizah berjanji akan memastikan industri kecil dan sederhana (IKS) terus berkembang maju seiring dengan peredaran […]

» Read more

Industri Pelancongan Melaka Hasil Kejayaan BN Tadbir Urus Dengan Cemerlang – Mohamad

JASIN, 14 Nov – Rakyat di Melaka diharap memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri berdasarkan pencapaian yang dilakukan sebelum ini, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan. Jelas beliau, keupayaan BN melakukan urus tadbir negeri terbukti apabila Melaka menjadi salah sebuah negeri yang membangun dengan begitu pesat dan mempunyai industri pelancongan yang amat baik di dalam negara. […]

» Read more

Yakin Rakyat Pilih BN, PRU-14 Jadi Pengajaran – Calon DUN Bukit Katil

MELAKA, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Datuk Hasnoor Sdg Hussin yakin rakyat akan memilih BN di di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Katanya kepada UMNO Online baru-baru ini, keyakinan itu berdasarkan kepada pengalaman rakyat ketika berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) […]

» Read more

Calon BN Manfaatkan Sepenuhnya Penggunaan Media Sosial, Tampil Kempen Positif

MELAKA, 14 Nov – Ekoran peraturan kempen yang ketat ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengekang penularan COVID-19, calon-calon yang bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menggunakan sepenuhnya media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Twitter dan Youtube, untuk hebahan mengenai visi, misi dan aktiviti mereka. Kekangan berkempen secara konvensional seperti tiada […]

» Read more

Calon BN Bemban Sudah Sedia Perancangan Atasi Masalah Kesesakan Trafik

JASIN, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban Datuk Koh Chin Han sudah mempunyai perancangan menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu, jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini. Beliau berkata perkara ini termasuk dalam janji ketiga dalam manifestonya yang diumumkan hari ini. “Kami juga telah mempunyai perancangan […]

» Read more

Jangan Salah Pilih… PRN Melaka Bukan Makmal Ujikaji Eksperimen Politik – Ahmad Maslan

MELAKA, 13 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan rakyat tempatan khususnya para pengundi agar jangan tersilap pangkah dalam menentukan kerajaan negeri kerana natijahnya akan berlaku ketidakstabilan. Ujarnya, tema kempen Barisan Nasional (BN) dalam PRN ialah ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ yang menjadi ingatan penting bahawa politik yang stabil akan memakmurkan rakyat dan negeri. “PRN Melaka bukan makmal uji […]

» Read more

Pilih Kecekapan, Pilih BN Untuk Tadbir Melaka Dengan Telus, Cekap, Stabil – Shahril Hamdan

MELAKA, 13 Nov – Barisan Nasional (BN) Melaka melancarkan manifesto bagi lima tahun akan datang dengan tema ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ yang di dalamnya ada lima teras dan 103 inisiatif jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan Teras Ketiga adalah kecekapan tadbir urus. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menekankan bahawa segala perkara tersebut BN mampu menjadikan kenyataan dengan sokongan daripada […]

» Read more

Fairul Nizam Beri Komitmen Terbaik Selesaikan Masalah Rakyat, Tanpa Mengira Kaum

MELAKA, 13 Nov – Penggunaan dan capaian maklumat dari media sosial menjadi satu cara berkempen di dalam norma baharu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dengan panggilan Along melalui Facebook berkata akan memberi komitmen yang tinggi untuk membantu rakyat di kawasannya tanpa mengira […]

» Read more
1 14 15 16 17 18 33