Ismail Sabri Santuni Rakyat Melaka, Nikmati Minuman Ikonik ‘Coconut Shake’

KOTA MELAKA, 14 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pagi ini menyantuni rakyat di Teluk Mas.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO sempat bersarapan pagi bersama penduduk sambil menikmati minuman yang menjadi ikon kepada negeri ini iaitu coconut shake.

Ahli Parlimen Bera itu turut ditemani calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ismail hari ini melakukan lawatan rasmi beliau ke Melaka, selepas ini dijangka ke Tangga Batu, Masjid Tanah, Jasin dan Alor Gajah sebelum mengakhiri pergerakan di negeri bandaraya bersejarah ini. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.