‘WhatsApp’ Palsu, BNCC Akan Ambil Tindakan Undang-undang

MELAKA, 14 Nov – BN Command Center (BNCC) mengesan aktiviti sebaran mesej melalui medium ‘WhatsApp’ kononnya ringkasan keputusan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Barisan Nasional (BN) berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut BNCC dalam satu kenyataan hari ini di sini, antara lain kononnya penolakan cadangan menjadikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali selaku calon Ketua Menteri Melaka serta persetujuan mewujudkan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) jika BN gagal membentuk majoriti mudah dalam PRN Melaka ini.

“BNCC turut kenal pasti pemegang akaun Facebook yang telah siar raya cetakan paparan bersama beberapa grafik propaganda bersifat provokasi berniat jahat dengan maksud pecah keamanan awam.

“BNCC maklum aktiviti tidak sihat ini terkait kempen PRN Melaka justeru akan ambil tindakan wajar termasuk melaporkan aktiviti tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” kata kenyataan itu.

Kata BNCC lagi, masyarakat umum perlu sentiasa merrujuk laman rasmi BN, BN Comms, www.umno.org.my dan www.umno-online.my serta platform media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan youtube bagi siar raya sebarang bentuk laporan, berita, infografik, video atau apa-apa berkaitan dengannya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.