Pengiktirafan Penting Terhadap Hak 40% Sabah

MERUJUK kepada kenyataan media Jabatan Peguam Negara pada 11 November 2025, Kerajaan Persekutuan mengesahkan bahawa hak 40% Pemberian Khas Sabah tidak akan dirayu. Ini satu pengiktirafan penting terhadap kedudukan Sabah dalam Perlembagaan. 2. Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa rundingan rasmi antara Sabah dan Persekutuan akan dimulakan segera, selaras dengan semangat MA63 dan peruntukan Perkara 112C. 3. Pada masa yang sama, […]

» Read more

BN Sabah Umum Penambahan Calon PRN Ke-17

KOTA KINABALU, 12 Nov – Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan penambahan beberapa calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah ke-17, bertujuan memperkukuh barisan kepimpinan serta kesiapsiagaan parti. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, susulan pengumuman calon pada Ahad lalu dan setelah meneliti perkembangan mutakhir serta rundingan yang telah diperhalusi. Menurut […]

» Read more

Bukan Kawasan Mudah… ‘Duktur Kita’ Tekad Goncang ‘Status Quo’ Kerusi DUN Sulaman

KOTA KINABALU, 12 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman Dr Shahnon Rizal Thaijudin, 32, mengambil maklum untuk merampas kerusi tersebut bukan sesuatu yang mudah. Untuk rekod, penyandang kerusi tersebut sejak tahun 1990 adalah Ketua Menteri Sabah Ke-16 Datuk Seri Hajiji Noor daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dijangka akan mempertahankannya pada Pilihan Raya […]

» Read more

Gelombang Sokongan Baharu: Pemimpin PGRS Sertai BN

BEAUFORT, 12 Nov – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) terus meningkat apabila beberapa orang pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dewan Undangan (DU) N.32 Klias mengisytiharkan penyertaan mereka ke dalam Barisan Nasional (BN). Majlis penyertaan itu berlangsung dalam suasana penuh semangat di Program Santai Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Klias Baru BN bersama Bendahari UMNO Negeri Sabah merangkap Pengarah […]

» Read more

Hak 40 Peratus Hasil Sabah Hak Perlembagaan Yang Tidak Boleh Dirunding – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 12 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bukan ihsan politik, sebaliknya merupakan kewajipan perlembagaan yang mesti dikembalikan tanpa sebarang rundingan atau kelewatan. Beliau berkata, keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu serta memulakan rundingan […]

» Read more

Sabah Perlu Kerajaan Stabil, Bukan Medan Percubaan Politik – Erwan Palette

KOTA KINABALU, 11 Nov – Sabah memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan bukan lagi medan percubaan politik, tegas Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Erwan Palette. Jelasnya, rakyat Sabah sendiri telah melihat bahawa hanya Barisan Nasional (BN) yang berjaya membawa pembangunan menyeluruh, membuka peluang pekerjaan dan menjamin kemakmuran untuk semua lapisan masyarakat. “’Bikin Balik Sabah’ bukan sekadar slogan tetapi ia […]

» Read more

Bersama Ganding Bahu Menangkan DUN Pintasan Buat Kali Pertama – Tadzul

KOTA KINABALU, 11 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan Tadzul Radim menyeru semua pihak bersama bekerja dan berganding bahu memenangi kawasan itu buat pertama kali untuk BN dan UMNO khususnya. Tadzul, 53, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah diumumkan sebagai calon oleh Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar […]

» Read more

Sumbangan Tabung Pendidikan Perkukuh Usaha Perkasa Anak Bangsa – Jamal Nerubi

PAPAR, 11 Nov – Inisiatif Tabung Pendidikan Melayu/Bumiputera (TPMB) memainkan peranan penting dalam membantu pelajar dan keluarga berpendapatan sederhana serta rendah bagi meneruskan kecemerlangan pendidikan. Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Pendidikan Melayu/Bumiputera DUN N28 Kawang, yang disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. […]

» Read more

PRN Sabah: Hargai Mandat Teruskan Agenda BN

KOTA KINABALU, 11 Nov – Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sudah bergema apabila tarikh penamaan calon merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan ne­geri ditetapkan pada 29 Nov ini.  Barisan Nasional (BN) sudah mengenal pasti calon-calon yang mewakili parti ini dan menyempurnakan pengumumannya bagi penamaan calon pada 15 November nanti, iaitu masa bermulanya kempen. […]

» Read more

Anak Jati Pantai Dalit Sentiasa Berbakti, Bawa Suara Rakyat

KOTA KINABALU, 11 Nov – Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Dalit Alfian Sambas berkata sebagai anak kelahiran dan membesar di kawasan itu, sehingga kini itulah bumi tempat beliau menetap dan berbakti. Ujarnya, walaupun pernah ditakdirkan terbang tinggi dan jauh merentasi bumi Allah yang luas, tetapi kini hati beliau sudah tetap dan hinggap tertanam di bumi […]

» Read more
1 26 27 28 29 30 37