Gelombang Biru Warnai Penamaan Calon BN Di Beaufort

BEAUFORT, 15 Nov – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Dewan Pak Musa, di sini berlangsung meriah apabila Barisan Nasional (BN) hadir dengan gelombang biru yang memenuhi kawasan seawal 7.30 pagi. Bendahari BN merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani mengiringi dua calonnya iaitu Haji Osin Jilon bagi kerusi N.32 Klias dan Datuk Awang Aslee […]

» Read more

PRN Sabah: Lebih 1,000 Penyokong BN Iringi Calon BN Di Kalabakan

KALABAKAN, 15 Nov – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bermula pada 9 hingga 10 pagi ini di 73 pusat di seluruh negeri. Lebih 1,000 penyokong mengiringi tiga calon Barisan Nasional (BN) di sini, iaitu N70 Kukusan, Chaya Sulaiman; N71 Tanjung Batu, Samasuddin Yusop dan N73 Sebatik, Aslan Fadli Samsul Alang bagi calon Pilihan Raya Negeri […]

» Read more

Penamaan Calon PRN Sabah Hari Ini, Kempen Menangi Hati Pengundi Bermula

KOTA KINABALU, 15 Nov – Medan pertarungan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 membuka gelanggangnya hari ini dengan proses penamaan calon di 25 lokasi bagi merebut 73 kerusi yang dipertandingkan. Tempoh satu jam diberikan iaitu dari 9 hingga 10 pagi untuk penyerahan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) mengumumkan senarai calon yang layak bertanding. Calon kemudiannya mempunyai […]

» Read more

Roti Bukan Umpan Undi… Mohamad Alamin Tempelak Parti Perkecilkan Sabah

KIMANIS, 14 Nov – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak wajar menerima mana-mana parti politik yang memperkecilkan masyarakat negeri itu atau gagal memahami budaya setempat. Beliau berkata demikian susulan kenyataan ADUN Pas yang juga Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria yang didakwa menghina rakyat Sabah dengan menyatakan bahawa ‘Orang Sabah kempen […]

» Read more

Tengku Adnan Turun Padang, Seru Golongan Muda Bersama ‘Bikin Balik Sabah’

TAWAU, 14 Nov – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengadakan lawatan ke DUN Apas dan DUN Balung bagi menyantuni masyarakat setempat serta mendekati golongan muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang bakal memulakan kempennya, esok. Beliau menegaskan bahawa sokongan generasi muda amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini […]

» Read more

Jelajah PTPTN Sabah Bukan Kerana PRN… Norliza Tegaskan Pentingnya Menabung

KIMANIS, 14 Nov – Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan bahawa musim pilihan raya adalah masa terbaik untuk rakyat menilai dan memilih pemimpin yang benar-benar layak, berupaya membantu menyelesaikan masalah rakyat, khususnya dalam hal pendidikan dan kos pembelajaran. Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Program Sentuhan Kasih PTPTN 2025 bagi kawasan Kimanis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar […]

» Read more

Kepercayaan Pucuk Pimpinan BN, Abdul Manan Tekad Bangkitkan Bugaya

KOTA KINABALU, 14 Nov – Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat dan negeri atas kepercayaan yang diberikan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. Menurutnya, pemilihan ini bukan sahaja satu penghargaan kepada dirinya, tetapi juga satu […]

» Read more

ADUN Kedah Perlu Jaga Adab, Jangan Rendahkan Maruah Rakyat Sabah

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Muhamad Jasnizam Muhamad Husni terkilan dengan sikap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah yang telah membuat kenyataan sangat mengejutkan dan menyakitkan hati, khususnya kepada rakyat Sabah. Menurutnya, kenyataan ini bukan sekadar kesalahan etika politik, tetapi juga satu tindakan yang boleh menjejaskan hubungan antara rakyat Kedah dan rakyat […]

» Read more

‘Kita Bikin Balik Sabah’, Tekankan Kepentingan Rakyat – Erwan Palette

KOTA KINABALU, 14 Nov – Naib Ketua UMNO Bahagian Tawau, Erwan Palette bertekad memastikan Sabah kembali menjadi sebuah negeri yang kuat, berpadu dan maju di bawah kepimpinan berpengalaman serta berjiwa rakyat. Jelasnya, Sabah kini memerlukan pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan pembangunan menyeluruh demi kesejahteraan rakyat. “Inilah masanya ‘kita bina balik Sabah’ menjadi sebuah negeri yang kuat, berpadu dan maju […]

» Read more

Tindakan Rahman Beri Peluang Muka Baharu, Satu Politik Sihat – Mohamad Hasan

SEREMBAN, 14 Nov – Keputusan Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menolak pencalonannya di DUN Tempasuk untuk memberi laluan kepada calon tempatan pada PRN ke-17 disifatkan sebagai politik sihat. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tindakan itu mencerminkan kebertanggungjawaban pemimpin yang mengutamakan kepentingan parti serta rakyat di kawasan berkenaan. “Beliau bukan ketua bahagian di […]

» Read more
1 24 25 26 27 28 37