Kenyataan Tony Pua Biadap, Semua Pihak Perlu Hormati Dan Ikut Lunas Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berpandangan kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah biadap. Bagi beliau secara dasarnya kenyataan tersebut menunjukkan beliau tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dan dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara dalam masyarakat. […]

» Read more

Kes Pulau Batu Puteh: RCI Penting Untuk Penerangan Kepada Rakyat, Ambil Pengajaran – Shahrir

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk isu Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan penting agar semua pihak dapat mengetahui dengan lebih lanjut di samping mengambil pengajaran daripadanya. Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rayuan untuk menyemak semula kes Pulau Batu Puteh ini telah ditarik balik sepuluh hari sebelum tarikh pendengaran oleh Mahkamah […]

» Read more

Isu Kos Sara Hidup: Ahmad Zahid Mahu Segala Tindakan Disegerakan, Dimurnikan Untuk Pelaksanaan

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu segala tindakan disegerakan dan dimurnikan untuk pelaksanaan bagi isu kos sara hidup rakyat. Beliau yang juga Presiden UMNO itu turut telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, pagi tadi. “Alhamdulillah pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Eksekutif Majlis Tindakan […]

» Read more

Jalaluddin Sifatkan UMNO Negeri Sembilan Berada Dalam Posisi Tersendiri

KUALA LUMPUR, 6 Feb – UMNO Negeri Sembilan berada dalam posisinya yang tersendiri malah kekuatan serta kesepaduannya hari ini cukup baik serta bergerak satu barisan dalam usaha memastikan parti terus mencapai kejayaan. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata segala desas-desus yang cuba dikaitkan dengan UMNO negeri berkenaan adalah tidak berasas malah kesemua lapan ketua bahagian menyatakan solidariti masing-masing terhadap kepimpinan […]

» Read more

Ambil Pengajaran Kes Pulau Batu Puteh… Kerajaan Akan Bentang Akta Kedaulatan Negara Di Parlimen – Azalina

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kedaulatan Negara pada sesi Parlimen akan datang untuk bacaan kali kedua, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, akta tersebut adalah sebagai pengajaran daripada kes Pulau Batu Puteh yang akhirnya terlepas ke tangan Singapura […]

» Read more

UMNO Terengganu Junjung Kasih Keputusan Pengampunan, Sokong Usaha Dapatkan Pembelaan Najib

KUALA LUMPUR, 6 Feb – UMNO Negeri Terengganu menjunjung kasih keputusan dan hak mutlak yang telah diambil mengenai permohonan pengampunan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Sabri […]

» Read more

BN Hormati Keputusan Lembaga Pengampunan, Dukung Segala Langkah Selaras Lunas Undang-undang

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan selaras Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian menerusi kenyataan media selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang  telah membincangkan dan bersetuju beberapa perkara penting berkait rapat perkembangan semasa negara. Mesyuarat […]

» Read more

Penerangan UMNO Laksana Bedah Siasat Isu Menerusi Podcast ‘Hitam, Putih, Kelabu’ – Azalina

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Penerangan UMNO Malaysia dan Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms) akan melaksanakan satu program ‘podcast’ yang dinamakan ‘Hitam, Putih, Kelabu, kata Ketua Penerangannya, Datuk Seri Azalina Othman Said. Jelasnya, program ini adalah untuk ‘membedah siasat’ segala permasalahan membabitkan isu-isu semasa dengan lebih terbuka dan dikendalikan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang tersebut. “Penerangan UMNO dan BN […]

» Read more

‘UMNO Teruskan Usaha Dapatkan Pembelaan Ke Atas Najib’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Feb – UMNO akan meneruskan usaha dan tindakan pembelaan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini masih dipenjara biarpun sudah diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda yang disabitkan terhadapnya. Presidennya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha itu perlu diteruskan selepas mendakwa Najib tidak pernah diberikan […]

» Read more

Jangan Campuri ‘Rumahtangga’ Orang lain…Utamakan Kepentingan Rakyat – Azhar

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua UMNO bahagian Beruas, Datuk Dr. Azhar Ahmad berharap pimpinan parti politik harus mengutamakan kepentingan rakyat dan tidak perlu mencampuri urusan rumahtangga parti-parti politik lain apatah lagi hari ini bersama-sama membentuk sebuah kerajaan di dalam kerajaan perpaduan. Bagi beliau langkah sedemikian hanya akan membuka ruang dan memberi peluang kepada musuh-musuh politik untuk menambah perisa yang […]

» Read more
1 920 921 922 923 924 2,352