Majlis Ulama UMNO Tegaskan Pentingnya Undang-undang Syariah Sentiasa Diperkasakan

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Majlis Ulama UMNO menegaskan tentang pentingnya Undang-undang Syariah termasuk kesalahan Syariah sentiasa diperkasakan dalam negara. “Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana usaha yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dan persekutuan yang ditadbir oleh UMNO sebelum ini. “…yang sentiasa memperkasakan Syariah dengan memperkenalkan, menggubal dan meminda enakmen-enakmen kesalahan Syariah di negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan […]

» Read more

Tolak Ke Tepi Desas-desus… UMNO Berada Dalam Prinsip Yang Tersendiri – Sharkar

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap pelbagai isu yang berlaku hari ini tidak menjejaskan segala usaha dan segala perancangan parti untuk bergerak ke depan apatah lagi dalam usaha memperkasakan gerak kerja pelbagai peringkat. Menurut beliau apa yang diuar-uarkan termasuklah pelbagai isu yang bermain di media sosial dan sebagainya lagi tidak […]

» Read more

Optimumkan Penggunaan Media Sosial, Sebarluaskan Peranan UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 9 Feb – Penggunaan media sosial perlu dioptimumkan sepenuhnya oleh ahli UMNO dalam usaha menyebarluaskan pengaruh parti itu secara lebih positif kepada rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dengan adanya pengaruh media sosial, rakyat dan pengundi khususnya pengundi muda boleh didekati dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana selari dengan perkembangan dunia […]

» Read more

Ketepi Perbezaan, Cari Titik Persamaan… Angkat Agenda Kepentingan Rakyat Bersama

IPOH, 9 Feb – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada hari ini melalui proses dan fasa yang memerlukan semua pihak mengetepikan perbezaan dan mencari titik persamaan demi mengangkat agenda rakyat. Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din berkata, dalam konteks negeri itu, proses pembentukan Kerajaan Perpaduan di Perak bukanlah sesuatu yang mudah maka kita perlu menginsafinya. “Kita perlu sedar, […]

» Read more

Pendidikan Awal Kanak-kanak Diutamakan, Kerajaan Sediakan Infrastruktur Secukupnya – Aminah

KUALA PENYU, 9 Feb – Ibu bapa perlu cakna terhadap keperluan pendidikan awal anak dengan menghantar mereka ke sekolah taska atau tadika sebagai proses awal mendedahkan mereka kepada pembelajaran. Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata tindakan mengabaikan pendidikan awal anak bukan sahaja merugikan anak-anak itu sendiri tetapi ibu bapa juga akan kerugian. “Pendidikan anak sejak di peringkat […]

» Read more

Kementerian Pertahanan Peka Dan Prihatin, Akan Lihat Secara Menyeluruh – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian itu sentiasa peka dan prihatin dengan permasalahan yang dibangkitkan oleh warga berkenaan. Menurut beliau segala keperluan dan sebagainya lagi sentiasa ditambah baik dalam usaha memastikan warga berkenaan terus mendapat perhatian serta pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. “Menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan: Pengukuhan Hubungan Perlu Komitmen Semua Pihak, Saling Menghormati Dan Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Komitmen semua pihak diperlukan untuk mengukuhkan hubungan sesama parti dalam Kerajaan Perpaduan dan disertai dengan hormat-menghormati serta penuh rasa tanggungjawab. Presiden UMNO Siswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menyatukan dua gabungan berbeza ideologi merupakan satu langkah positif terutamanya dalam merapatkan jurang perbezaan rakyat. “Kerajaan Perpaduan yang dibentuk atas asas kerjasama dua […]

» Read more

UMNO Kudat Pelbagaikan Sentuhan, Terus Dekati Rakyat

PITAS, 8 Feb – Budaya cakna dan sentuhan antara UMNO dan masyarakat luar parti akan sentiasa ditingkatkan dan dipelbagaikan selain bersama dengan ahli. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kudat Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata kedua-duanya cukup penting dan mempunyai peranan yang tersendiri. “Budaya peka dengan isu serta masalah rakyat sudah menjadi budaya UMNO sejak sekian lama, ahli atau masyarakat yang ditimpa […]

» Read more

Mohon Pengampunan Penuh Sebagai Santuni Permintaan Najib, Keluarga

PUTRAJAYA, 8 Feb – Pertimbangan memfailkan permohonan baharu untuk pengampunan penuh bagi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebagai menyantuni permintaan bekas perdana menteri itu dan anggota keluarganya, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bagaimanapun berkata langkah-langkah yang akan diambil nanti berhubung perkara itu […]

» Read more

Ahmad Zahid Arah Penubuhan Jawatankuasa Pantau Pelaksanaan 62 Program KKDW

PUTRAJAYA, 8 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan beberapa jawatankuasa ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan kesemua 62 program yang telah dibentuk bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penubuhan jawatankuasa tersebut bukan sahaja dapat memacu kepada tercapainya matlamat dan objektif program, malah ia akan dapat […]

» Read more
1 918 919 920 921 922 2,352