Ahmad Zahid Ucap Selamat Menyambut Hari Wesak Kepada Penganut Buddha, Keharmonian Pelbagai Kaum


KUALA LUMPUR, 22 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut beragama Buddha di Malaysia.

Katanya yang juga Presiden UMNO, Malaysia terkenal dengan keharmonian pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Seperti yang kita sedia maklum, negara Malaysia terkenal dengan keharmonian pelbagai kaum, budaya dan agama. Keunikan ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh seluruh rakyat.

“Semoga perayaan ini dapat disambut dengan penuh kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian.
Selamat Hari Wesak,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Dilaporkan, penganut agama Buddha di Malaysia meraikan sambutan Hari Wesak hari ini.

Sambutan itu yang merupakan cuti umum di Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini menyaksikan para penganut berkumpul di kuil-kuil Buddha menyanyikan lagu agama dan membawa simbol ikon Buddha semasa acara perarakan yang melambangkan kesucian seseorang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.