Gerak Kerja UMNO/BN Beri Kesan Baik, Yakin Menang Di Selangor – Dendera Billah

KUALA LUMPUR, 21 Sept – UMNO/Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cerah untuk menakluki semula Selangor serta meyakinkan para pengundi untuk memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, hari ini gerak kerja UMNO/BN yang dilakukan di peringkat pusat dan bahagian dapat memberi kesan yang baik kepada […]

» Read more

Sistem Pengawasan STIE Trend Watch Bantu Tingkat Jumlah Penyelidik Industri – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang membangunkan Sistem Pengawasan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Trend Watch bagi meningkatkan jumlah peratusan penyelidik dalam sektor industri. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana negara ketika ini hanya mempunyai 15.83 peratus penyelidik dalam sektor industri, dan 79.2 peratus di […]

» Read more

Perak Sasar Jadi Koridor Utama TVET Negara

LENGGONG, 21 Sept – Perak meletakkan sasaran menjadi Koridor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri terus komited memperkasa dan mensejahterakan pendidikan tinggi negara bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berpotensi menembusi pasaran pekerjaan dan memenuhi […]

» Read more

Rakyat Perlu Tahu Kepentingan Menjaga Kebersihan Air Sungai – MB Perlis

ARAU, 21 Sept – Sungai merupakan sumber alam semula jadi yang perlu dipelihara dari segi kebersihannya kerana sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man. Beliau berkata rakyat perlu mempunyai kesedaran kepentingan menjaga kebersihan air sungai dan persekitarannya. “Sungai bukan sahaja menjadi sumber air untuk pertanian tetapi juga menjadi sumber rekreasi dan […]

» Read more

Sindiket Penipuan Kerja: K’jaan Pastikan Mangsa Dibawa Pulang Dengan Selamat

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat dan usaha sedang dilaksanakan melalui saluran yang ada bagi tujuan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri menegaskan kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Laos, Myanmar, Thailand […]

» Read more

Malaysia, UAE Setuju Perkukuh Hubungan Pertahanan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR 21 Sept – Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju memperhalusi prospek ke arah mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam konteks pertahanan. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang kini dalam lawatan rasmi ke UAE, berkata kedua-dua negara juga sepakat bahawa prospek itu perlu diterokai sebaik mungkin demi memacu kerjasama pertahanan Malaysia-UAE ke […]

» Read more

Ahmad Zahid Dinafikan Perbicaraan Adil Jika Mahkamah Tolak Pernyataan Fadzlette – Peguam

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pihak pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Akalbudi Foundation (YAB) semalam berhujah bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dinafikan perbicaraan yang adil jika Mahkamah Tinggi menerima hujah pendakwaan dan menghentikan saksi daripada memberi keterangan. Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata ini akan membawa kepada pelanggaran hak anak […]

» Read more

‘Perang’ Mesti Menang, Perlu Sematkan Dalam Setiap Diri Ahli Dan Jentera

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Mentaliti untuk memenangi ‘perang’ perlu tersemat dalam setiap diri ahli serta jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan sekaligus membentuk kerajaan kelak. Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Norshida Ibrahim berkata itulah yang seharusnya tersemat supaya kepelbagaian peringkat jentera yang akan bergerak serta melaksanakan segala perancangan […]

» Read more

Cermin Diri… Muhyiddin Gagal Tapi Salahkan Orang Lain – Najmil

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berharap Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat cermin diri berhubung kenyataannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya gagal mengurus negara. Tegas beliau dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, persoalan sebenar adalah siapakah sebenarnya yang gagal dan apa guna Muhyiddin […]

» Read more

PH Kuat Fitnah, Hasut, Putar Belit Fakta… Jadi Modal Nak Burukkan UMNO/BN – Zaidi

BAGAN DATUK, 20 Sept – Rakyat khususnya pengundi harus bijak menilai dan jangan mudah terpedaya hasutan fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan (PH). Menurut Pemangku Ketua UMNO bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz ini telah terbukti semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PH telah menggunakan berbagai-bagai hasutan sehingga rakyat terpedaya. “Saya merasakan itu adalah satu fitnah dan perkara yang sangat […]

» Read more
1 829 830 831 832 833 1,899