Rakyat Perlu Tahu Kepentingan Menjaga Kebersihan Air Sungai – MB Perlis

ARAU, 21 Sept – Sungai merupakan sumber alam semula jadi yang perlu dipelihara dari segi kebersihannya kerana sungai memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata rakyat perlu mempunyai kesedaran kepentingan menjaga kebersihan air sungai dan persekitarannya.

“Sungai bukan sahaja menjadi sumber air untuk pertanian tetapi juga menjadi sumber rekreasi dan pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Sungai Sedunia Peringkat negeri Perlis 2022 di Denai Kebangsaan Sungai Arau, Kampung Kebun, di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Exco Pembangunan Sumber Manusia, Rozieana Ahmad dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Perlis (JPS), Asnol Adzhan Abd Manap. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.