Komitmen Kepimpinan UMNO/BN Demi Rakyat, Pelaburan RM1 Bilion Untuk Bandar Pertahanan Lipis

LIPIS, 19 Oktober – Bandar Lipis bakal menerima pelaburan daripada syarikat tempatan berjumlah RM1 bilion menerusi pembinaan Bandar Pertahanan Lipis. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar yang juga penyandang Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi pelaburan syarikat tempatan tersebut bakal menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk di Lipis dan kawasan sekitar. “Kerajaan Negeri Pahang menerusi Menteri […]

» Read more

PRU15: Pembubaran DUN Perak Dapat Jimatkan Belanja, Mudahkan Rakyat – Hang Tuah

BAGAN DATUK, 19 Okt – Selepas hampir seminggu menanti penuh debaran bagi pimpinan dan rakyat negeri Perak, akhirnya Dewan Undangan Negeri (DUN) terjawab dan dibubarkan berkuat kuasa Isnin.    Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din berkata pembubaran DUN ini dapat menjimatkan belanja kerajaan negeri, pusat serta memudahkan lagi rakyat untuk memilih pemimpin pada masa hadapan. Terdahulu pembubaran DUN […]

» Read more

UMNO/BN Konsisten Khidmat Bakti, Tidak Pernah Gagal Bantu Rakyat – Aziz Julkarnain

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Banjir tetap akan berlaku cuma tidak tahu bila namun pakar Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memaklumkan bahawa musim banjir akan berlaku pada hujung bulan November dan Disember. Selaras dengan itu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain membidas pihak lawan yang sering melaungkan isu banjir dan meremehkan UMNO/Barisan Nasional (BN) terutamanya pembubaran […]

» Read more

PH Merosakkan Negara… Pendakwaan Terpilih Jadi Alat Balas Dendam

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 telah membawa pelbagai kerosakan kepada negara. Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim berkata, antara kerosakan yang dilakukan oleh PH ialah pendakwaan terpilih termasuklah ke atas Ketua Bahagian UMNO kawasan tersebut sendiri iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. “Pelbagai perkara telah […]

» Read more

Wanita UMNO Terus Bergerak, Lipatgandakan Usaha Depani PRU15 – Norshida

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Biarpun tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 masih belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), parti-parti politik di negara ini sudah mula menggerakkan jentera masing-masing di seluruh negara sebagai persiapan awal untuk berdepan PRU tersebut. Tidak ketinggalan di Parlimen Segamat apabila Ketua Wanita UMNO bahagian berkenaan yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida […]

» Read more

Pembangkang Sebelum Ini Desak PRU, Bila Bubar Salahkan UMNO/BN – Azmi

BERA, 18 Okt – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Nor Azmi Mat Ludin berpandangan pembangkang bersikap berdolak dalih berkenaan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya ini kerana, sebaik sahaja pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelbagai rungutan disuarakan mereka meskipun memahami PRU15 ini perlu dilakukan untuk memberikan mandat kepada rakyat. “Kadang-kadang kita pun pelik […]

» Read more

UMNO/BN Bawa Pembaharuan, Jangan Terpedaya Propaganda Murahan PH – Alfie

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Alfie Zainal berharap rakyat akan rasional dalam menerima maklumat yang ada terutama melalui media sosial. Katanya, isu ini mencetuskan kebimbangan kerana membabitkan propaganda dibawa pihak-pihak tertentu dalam menyebarkan manipulasi berkaitan parti antaranya menuduh UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak melakukan pembaharuan. “Kita kalau hendak nilai, lakukan berlandaskan fakta jadi apabila bercakap […]

» Read more

Beri Kepercayaan Kepada BN, Usaha Wujud Semula Peluang Pekerjaan Dimansuh PH

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap rakyat memberi kepercayaan kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mewujudkan semula peluang pekerjaan kepada orang ramai. Katanya, ini kerana selepas PRU14 kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bertindak menamatkan kontrak kakitangan awam melibatkan jumlah yang besar. “Seramai 55,000 kakitangan kontrak […]

» Read more

Pembubaran Parlimen: Kenyataan Flip-Flop Pembangkang Timbulkan Persoalan – Azhari

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Pembubaran Parlimen yang akan membawa negara kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan dalam tempoh terdekat dilihat sebagai jalan terbaik untu rakyat membuat pilihan. Apatah lagi pelbagai gelaran dilontarkan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob termasuklah kerajaan pintu belakang dan sebagainya lagi. Ketua UMNO Shah Alam, […]

» Read more

Azleen Yakin UMNO/BN Dapat Capai Sasaran 20 Kerusi Parlimen Negeri Johor

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Noor Azleen Ambros yakin dan optimis UMNO/Barisan Nasional (BN) dapat rampas semula dan mengekalkan sebahagian besar kerusi di Parlimen Johor. Jelasnya, UMNO/BN tetap akan berusaha mencapai sasaran menangi 20 kerusi Parlimen dan akan buat kerja dengan lebih tersusun bagi memastikan kerajaan negeri dan persekutuan dari parti yang sama. “Sekurang-kurangnya 20 […]

» Read more
1 808 809 810 811 812 1,903