Azleen Yakin UMNO/BN Dapat Capai Sasaran 20 Kerusi Parlimen Negeri Johor

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Noor Azleen Ambros yakin dan optimis UMNO/Barisan Nasional (BN) dapat rampas semula dan mengekalkan sebahagian besar kerusi di Parlimen Johor.

Jelasnya, UMNO/BN tetap akan berusaha mencapai sasaran menangi 20 kerusi Parlimen dan akan buat kerja dengan lebih tersusun bagi memastikan kerajaan negeri dan persekutuan dari parti yang sama.

“Sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di Johor boleh dapat balik dan mengekalkan kerana salah satu sebab kita nak memastikan kerajaan negeri dan persekutuan adalah kerajaan yang sama.

“Pengundi di Johor harus fikir kesan jangka masa panjang dan bertindak dengan matang dalam menentukan siapa wakil mereka yang akan mewakili kawasan masing-masing bagi peringkat kerajaan persekutuan.

“Saya bimbang yang akan rugi adalah rakyat, banyak perkara yang tidak boleh dilaksanakan dan dirancang bersama sekiranya berlaku ketidakselarian antara kerajaan negeri dari BN dan kerajaan persekutuan dari parti lain.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Noor Azleen yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang malah percaya UMNO/BN akan terus membentuk kerajaan persekutuan bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Saranan dan hasrat tentulah hendak memastikan wujudnya keselarian yang membentuk kerajaan persekutuan. Sudah pasti untuk tempoh lima tahun yang akan datang bahawa kerajaan negeri memang tetap UMNO/BN dan itu tidak berubah.

“Peluang untuk pastikan wujudnya persamaan kerajaan negeri dan persekutuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini dapat manfaatkan peluang tersebut sewajarnya supaya banyak lagi perkara dan agenda khususnya perancangan untuk kepentingan rakyat dan boleh jayakan sama-sama.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasmi mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU ke 15. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.