Pembubaran Parlimen: Kenyataan Flip-Flop Pembangkang Timbulkan Persoalan – Azhari

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Pembubaran Parlimen yang akan membawa negara kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan dalam tempoh terdekat dilihat sebagai jalan terbaik untu rakyat membuat pilihan.

Apatah lagi pelbagai gelaran dilontarkan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob termasuklah kerajaan pintu belakang dan sebagainya lagi.

Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari dalam satu kenyataan melahirkan kehairanan dengan pelbagai kenyataan oleh pimpinan pembangkang termasuklah Datuk Sei Anwar Ibrahim berhubung pembubaran Parlimen.

“Saya tidak faham kenapa Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa pembubaran parlimen adalah suatu pengkhianatan terhadap rakyat? Padahal dia dan seluruh PH mengatakan kerajaan yang wujud sekarang adalah kerajaan pintu belakang tanpa mandat rakyat.

“Dari sini kita boleh katakan bahawa Anwar telah mengeluarkan kenyataan yang flip flop. Kejap kata kerajaan sekarang kerajaan yang tiada mandat rakyat dan dalam pada masa yang sama pembubaran parlimen adalah pengkhianatan terhadap rakyat. Apa sebenarnya Anwar hendak?” katanya.

Kata beliau lagi, jika diamati setiap kenyataan dan langkah yang dibuat oleh Pakatan Harapan(PH), mereka akan mengeluarkan kenyataan dan membuat langkah hanya demi mengutungkan mereka sendiri dan bukan demi rakyat.

“Mereka ingin mengekalkan kuasa dan risau akan kehilangan kuasa yang ada sekarang. Mereka risau rakyat akan menghukum mereka di PRU15 ini selepas mereka menipu rakyat pada PRU14. Mereka sedar bahawa kerja-kerja menghasut dan menfitnah mereka belum cukup kerana rakyat masih ingat lagi tentang penipuan-penipuan manifesto mereka selepas mereka memenangi PRU14.

“Sebab itu mereka sepakat untuk memberi pelbagai alasan supaya PRU15 tidak akan dibuat pada tahun ini untuk memberi mereka lebih masa untuk menghasut rakyat. Saya berharap rakyat tidak termakan dengan hasutan PH dan kembalikan mandat rakyat kepada Barisan Nasional (BN) demi ‘Kestabilan dan Kemakmuran Negara’,” ujarnya lagi.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.