Pelabur Hong Kong Cadang Bina Taman Tema Ala Ketenteraan Di Melaka

MELAKA, 23 Dis – Sebuah syarikat pelaburan dari Hong Kong bercadang membina taman tema ala ketenteraan yang bernilai kira-kira RM200 juta di Klebang di sini pada tahun hadapan. Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, cadangan berkenaan telah dikemukakan wakil syarikat berkenaan kepada pihaknya semalam dan ia akan dibawa kepada Unit Perancang Ekonomi […]

» Read more

Alhamdulillah… Inisiatif Sebelum Ini Untuk Rakyat Diteruskan PM-10

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Langkah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meneruskan beberapa inisiatif sebelum ini menunjukkan apa yang dirancang adalah untuk kepentingan rakyat serta negara. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Bajet mini yang dibentang serta diluluskan di Dewan Rakyat membolehkan beberapa perkara dan apa yang telah dirancang sebelum […]

» Read more

Pedulikan Ideologi Politik, Keutamaan Bantu Mangsa Banjir – Ahmad Zahid

KOTA BHARU, 23 Dis – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keprihatinan serta bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir tidak mengenal ideologi politik termasuk daripada negeri pembangkang. Katanya, ini kerana perkara utama adalah memastikan kebajikan mangsa terus terjaga daripada terkesan dengan musibah banjir yang dihadapi mereka sejak beberapa hari lalu. “Memperlihatkan keprihatinan saya […]

» Read more

Semua PPS Yang Tempatkan Mangsa Banjir Digazet Secara Automatik – Ahmad Zahid

PASIR PUTEH, 22 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara yang menempatkan mangsa banjir ketika ini namun belum digazet, kini secara automatik akan berfungsi sebagai PPS. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata bagi tujuan itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diarahkan untuk […]

» Read more

Ahmad Zahid Teruskan Lawatan Ke Kemaman Dan Pasir Puteh Hari Ini

KOTA BAHRU, 22 Dis – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati meninjau keadaan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan hari ini. Beliau memulakan misi tersebut di Terengganu apabila mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Cukai, Kemaman. Ahmad Zahid juga mengambil kesempatan itu ke Kampung Bukit Mentok bagi melihat […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan: Kebijaksanaan Dan Kepimpinan Presiden UMNO Harus Dihargai, Diraikan – Khairul Azwan

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Kebijaksanaan serta kualiti kepimpinan yang dipamerkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seharusnya dihargai dan diraikan oleh ahli-ahli UMNO dan akar umbi. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) bertuah kerana berada dalam Kerajaan Perpaduan meskipun kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada […]

» Read more

28 Projek Tebatan Banjir Diberikan Secara ‘Direct Nego’ Zaman PN, Isham Jalil Gesa Penjelasan

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Sebanyak 28 daripada 39 projek tebatan banjir telah dianugerahkan secara rundingan terus semasa zaman pemerintahan Perikatan Nasional (PN). Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil meminta menteri bertanggungjawab ketika itu memberikan penjelasan mengenai rundingan terus yang bernilai RM15 bilion. “Saya telah dimaklumkan terdapat 28 daripada 39 projek tebatan banjir telah dianugerahkan secara rundingan terus. […]

» Read more

Banjir: TPM Ingatkan Rakyat Supaya Berwaspada Dan Berhati-Hati

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada serta mengambil langkah awal sekiranya berada di kawasan berisiko. Ia berikutan daripada laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menyatakan bahawa trend terkini di Sungai Kemaman semakin menaik. “Laporan terkini banjir di beberapa buah negeri untuk […]

» Read more

Jagalah Parti Keramat Ini Dari Segala Ancaman Dalam Dan Luar – Norliza

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim mengingatkan para pemimpin, ahli dan akar umbi untuk terus menjaga parti keramat ini dari segala ancaman dalaman dan luaran. Jelasnya, UMNO adalah sebuah parti yang diibaratkan seperti rumah kaca, perlu dilindungi, dirahmati, diperkukuhkan dan sentiasa dipelihara. “Jagalah parti keramat ini kerana ia umpama rumah kaca yang […]

» Read more

Kerajaan Setuju Terus Semakan Undang-Undang Berkaitan Hukuman Mati Mandatori – Azalina

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Kabinet bersetuju untuk meneruskan usaha menyemak undang-undang berkaitan dengan hukuman mati mandatori, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi kenyataan semalam, beliau berkata Jabatan Peguam Negara telah meneliti dasar pelaksanaan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori yang melibatkan 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori […]

» Read more
1 762 763 764 765 766 1,912