Ahmad Zahid Teruskan Lawatan Ke Kemaman Dan Pasir Puteh Hari Ini

KOTA BAHRU, 22 Dis – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati meninjau keadaan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan hari ini.

Beliau memulakan misi tersebut di Terengganu apabila mengunjungi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Cukai, Kemaman.

Ahmad Zahid juga mengambil kesempatan itu ke Kampung Bukit Mentok bagi melihat sendiri kawasan yang berhadapan dengan bencana banjir.

Berakhir di Terengganu, beliau meneruskan misi ke Pasir Puteh, Kelantan yang juga menyaksikan antara kawasan berhadapan dengan musibah banjir.

Melakukan ‘walkabout’ di Kampung Gong Serapat, beliau meluahkan simpati kepada penduduk setempat selain berharap mereka bertabah dengan ujian yang melanda.

Ahmad Zahid mengakhiri misi lawatan beliau ke negeri ini dengan melakukan lawatan di PPS Sekolah Kebangsaan Jerlor di samping memberikan beberapa sumbangan bagi meringankan beban mangsa.

Untuk rekod berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu setakat in mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 34,383 mangsa.

Manakala daripada itu 9,377 keluarga direkodkan berlindung di 245 PPS yang dibuka, diikuti Kelantan dengan 30,107 mangsa daripada 9,189 keluarga di 119 PPS. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.