Pemuda UMNO Anjur Program ‘Kau Nak Belajar, Abang Bantu Ko Dik’… Buka Peluang Pendidikan

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berbesar hati menganjurkan program ‘Kau nak belajar, abang bantu ko dik’ yang bertujuan memberi peluang kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata peluang itu juga dibuka kepada mereka yang tidak mengambil SPM. “Kepada adik-adik lepasan SPM tahun […]

» Read more

Uruguay Berhasrat Teruskan Kerjasama Dalam Pasaran Daging Halal, Produk Tenusu – TPM

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Kerajaan Uruguay melalui Institut Daging Nasional Uruguay (INAC) menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam pasaran daging halal dan produk tenusu dengan memfokus kepada usaha mengeksport daging lembu ke negara lain khususnya bagi menembusi pasaran Asia Tenggara. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasrat itu disampaikan semasa perjumpaan beliau dengan […]

» Read more

JPU: Pencerahan Isu Semasa Secara Dua Hala Kaedah Paling Berkesan, Mujarab – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 5 Jun – Siri Jelajah Penerangan UMNO (JPU) yang diadakan oleh Penerangan UMNO Malaysia sekarang ini merupakan satu langkah yang sangat baik supaya rakyat mendapat input yang tepat, ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ujar Timbalan Menteri Kerja Raya itu, penjelasan secara dua hala mengenai isu-isu terkini dan semasa mengenai hal ehwal politik […]

» Read more

Penerangan UMNO Sabah Gerakkan Wadah Komunikasi Progresif, Tolak Persepsi Negatif – Samasuddin

KOTA KINABALU, 5 Mei – Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop menekankan bahawa asas penerangan menyampaikan maklumat kepada khalayak adalah dengan memahami bahawa siapa yang menguasai penerangan maka akan dapat menguasai rakyat. Katanya yang juga Pengerusi Majlis Penerangan dan Media Baharu UMNO Sabah, suasana hari ini berbeza dengan suatu ketika lalu kerana mahu tidak mahu bahawa politik semasa perlu […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Misi UMNO Hanya Untuk Mengalahkan PN – Mustapha

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berpandangan bahawa sesiapa sahaja yang bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dari Kerajaan Perpaduan tidak menjadi masalah kerana misi utama UMNO hanyalah untuk mengalahkan Perikatan Nasional (PN). Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa keputusan UMNO/Barisan Nasional (BN) menyerahkan kerusi tersebut […]

» Read more

Mohd Shahar Terus Turun Padang Santuni Rakyat, Fokus Pendidikan Anak Muda

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah meneruskan agenda membantu rakyat dengan menyantuni penduduk di kawasan melalui program-program berbentuk kemasyarakatan, ini termasuk golongan muda. Beliau pada semalam berbesar hati ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan dan SMK Bukit Sagu bagi menyantuni para pelajar dan guru-guru bersempena dengan Program Mentor Hot Seats. Program ini disusun […]

» Read more

Johor Rebut Peluang Program Halal On Track, Wadah Terbaik Perkasa Pensijilan Halal Pelbagai Industri

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Program Halal On Track (HOT) merupakan wadah terbaik dalam memperkasa pensijilan halal untuk memenuhi keperluan industri, ujar Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu, ia juga memberi pendedahan kepada para usahawan untuk mempromosikan produk-produk halal mereka di peringkat global, khususnya produk negeri. “Selain itu, saya juga mohon […]

» Read more

“Sebolehnya Saya Tidak Mahu Ada Anak Bangsa Yang Tercicir” – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jun – “Sebolehnya saya tidak mahu ada anak bangsa yang tercicir.” Demikian tekad Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu komen di hantaran Facebooknya. Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO dalam laman sosialnya itu berkongsi satu video mengenai peluang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pengajian di pelbagai institusi pendidikan […]

» Read more

‘Industri Halal Punyai Potensi Yang Besar Kepada Negara’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan industri halal mempunyai potensi yang besar kepada negara. Katanya ini kerana pada tahun 2023 kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) direkodkan pada kadar 7.9 peratus dengan jumlah eksport produk halal sebanyak RM53.72 billion, iaitu 3.8 peratus berbanding jumlah keseluruhan eksport negara […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Bawa Informasi Terkini, Wajar Ada Kesinambungan

KOTA KINABALU, 4 Jun – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata Jelajah Penerangan UMNO merupakan satu usaha yang amat baik kerana ia menawarkan banyak informasi terkini mengenai isu-isu semasa politik dan negara. Katanya, ia juga wajar ada kesinambungan supaya ahli di akar umbi sentiasa mendapat maklumat dan fakta yang baharu terutama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya. Bersyukur kerana […]

» Read more
1 760 761 762 763 764 2,282