Banjir: TPM Ingatkan Rakyat Supaya Berwaspada Dan Berhati-Hati

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada serta mengambil langkah awal sekiranya berada di kawasan berisiko.

Ia berikutan daripada laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menyatakan bahawa trend terkini di Sungai Kemaman semakin menaik.

“Laporan terkini banjir di beberapa buah negeri untuk rujukan rakyat. Trend terkini di Sungai Kemaman semakin menaik. Dapatkan info terkini di Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Sentiasa berhati-hati dan berwaspada mengambil langkah awal jika berada di kawasan berisiko dilanda banjir,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Media melaporkan bahawa mangsa banjir di Terengganu semakin menurun sejak malam tadi apabila 36,231 membabitkan 9,739 keluarga di 256 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini dan Kemaman menjadi daerah teramai terjejas banjir apabila 7,364 mangsa membabitkan 1,971 keluarga di 24 PPS.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa di Besut mencatatkan seramai 6,672 mangsa membabitkan 1,587 mangsa di 66 PPS. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.