UMNO Perlukan Pendekatan Baharu Dekati Anak Muda, Depani Politik Dinamik – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berpandangan pendekatan baharu perlu dilaksanakan dalam mendekati generasi muda. Katanya ini penting untuk dilakukan dalam berhadapan dengan pilihan raya akan datang. “Kita tahu UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU15) kalah tetapi alhamdulillah diberi peluang untuk duduk di dalam Kerajaan Perpaduan namun kita kena ada strategi […]

» Read more

Disiplin Tunjang Kekuatan UMNO Dan Perlu Dipatuhi Semua Ahli – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Disiplin dan tataetika parti merupakan tunjang kekuatan UMNO dan perlu dipatuhi oleh semua ahli. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, meskipun usaha pembersihan parti yang dilakukan sedikit sebanyak memberi kesan, ianya perlu dilaksanakan supaya UMNO boleh terus bergerak ke hadapan. “Tentulah segala usaha pembersihan UMNO itu mempunyai kesan yang tertentu. Tetapi, saya lihat […]

» Read more

Pengapungan Saham Petronas, Hasmuni Cadang Lihat Dari Pelbagai Sudut

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Cadangan agar saham Petronas diapungkan 10-20 peratus untuk menjana hasil mahsul tambahan kepada kantung Kerajaan Persekutuan dilihat boleh diperdebatkan serta diperhalusi oleh pelbagai pihak. Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hasan berkata lontaran Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengenai perkara berkenaan boleh dilihat pelbagai sudut kerana ia memberi impak besar kepada perancangan fiskal kerajaan. “Mengambil cadangan […]

» Read more

Pemilihan UMNO Dapat Sambutan, 57 Calon Telah Mendaftar Setakat Hari Ini – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Proses pemilihan UMNO sepanjang tiga hari yang bermula pada 13 Februari mendapat sambutan dari kalangan ahli-ahli UMNO. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Tan Sri Shahrir Samad berkata, terdapat seramai 57 calon yang telah mendaftar bagi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO. “Seramai 57 calon sudah pun mendaftar untuk bertanding […]

» Read more

4S Matlamat Utama Awin Angkat Martabat Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Nurul Hazwani Haslan mempertaruhkan 4S sebagai teras strategi bagi mengangkat martabat Puteri UMNO iaitu Simetri, Struktur, Sinergi dan Sustainability. Teras tersebut diaplikasi sebagai tekad sepanjang kempen bagi merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO sesi 2023. Katanya, strategi solusi tersebut dapat mengembalikan semula keyakinan orang muda terhadap UMNO selepas […]

» Read more

Median Simpanan Ahli KWSP Semua Kaum Susut 50 Peratus Antara Sebab Pengeluaran Tidak Dibenarkan – Ahmad

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Median simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi semua kaum turun 50 peratus kepada RM8,100 pada 2022 daripada RM16,600 pada tahun sebelum pandemik COVID-19, menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata, ketika COVID-19, seramai 8.1 juta ahli mengeluarkan RM145 bilion untuk kesemua empat jenis pengeluaran iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran […]

» Read more

Ahmad Zahid Pantau Pemberian Wang Ihsan Sampai Kepada Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan memantau pemberian wang ihsan supaya ia sampai tepat pada masanya kepada mangsa-mangsa terjejas banjir. “Janji kita, sebelum mereka (mangsa banjir di pusat pemindahan sementara) pulang ke rumah masing-masing, mereka harus dapat dahulu (wang ihsan),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari […]

» Read more

Isu Pajakan Dan Air: Segera Bawa Ke Mahkamah – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan berhati-hati dan berhenti daripada terus mencipta ‘pergaduhan jalanan’ yang dilihat hanya lebih memberikan kesan negatif kepada negeri Kedah sendiri. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata bermula dengan isu tuntutan RM100 juta royalti pajakan, diikuti dengan isu caj air mentah kepada Pulau […]

» Read more

UMNO Sebati Politik Khidmat Bakti, Wanita Realitikan Bersama Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Wanita UMNO Malaysia meneruskan politik khidmat bakti kepada rakyat khususnya golongan yang tidak bernasib baik melibatkan musibah banjir melanda Pahang baru-baru ini. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta beberapa kepimpinan Wanita meluangkan masa berkunjung ke Paya Besar bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang berhadapan dengan bencana alam tersebut. “Seusai tugasan di Parlimen pagi semalam, […]

» Read more

Prinsip Keterbukaan UMNO Beri Peluang Ahli Bantu Parti – Naszriah

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Prinsip keterbukaan yang diamalkan oleh UMNO terutamanya semasa musim pemilihan ini memberi peluang kepada semua ahli untuk menawarkan diri mereka khususnya dalam membantu parti. Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datin Naszriah Ngasri berkata, keterbukaan yang diamalkan parti ini sudah semestinya membuka ruang kepada ahli untuk memikul tanggungjawab berdasarkan kemampuan mereka. “Prinsip keterbukaan yang diamalkan oleh […]

» Read more
1 736 737 738 739 740 1,917