4S Matlamat Utama Awin Angkat Martabat Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Nurul Hazwani Haslan mempertaruhkan 4S sebagai teras strategi bagi mengangkat martabat Puteri UMNO iaitu Simetri, Struktur, Sinergi dan Sustainability.

Teras tersebut diaplikasi sebagai tekad sepanjang kempen bagi merebut jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO sesi 2023.

Katanya, strategi solusi tersebut dapat mengembalikan semula keyakinan orang muda terhadap UMNO selepas berdepan cabaran kekalahan dalam dua pilihan raya sebelum ini.

Jelasnya, perkara teras yang akan dibawa itu akan mengangkat Puteri UMNO ke satu acuan dalam satu pasukan.

“Simetri ini adalah berasaskan kepada hasrat untuk mengadakan institusi politik ataupun Puteri itu sebagai sekolah politik untuk melahirkan lebih ramai pimpinan-pimpinan legasi yang baharu dan tidak ketandusan dari segi personaliti, ‘leader ship’ serta meneruskan fasa yang lebih tinggi. Simetri ini tidak lari dari ‘line’ kepimpinan parti.

Structure iaitu dalam Puteri ini ‘its about grass root’. Kita ada struktur yang bermula dari cawangan, bahagian, negeri dan peringkat tertinggi UMNO. Puteri itu punya matlamat dan sangat membantu terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 dan paling dekat sekali Pilihan Raya Negeri (PRN) mendatang.

“Sinergi iaitu mendatangkan perpaduan seperti hendak memperkasakan dikalangan ahli Puteri dan ianya perlu kebersamaan dan kepaduan. Apa jua keputusan yang hendak dibuat mestilah datang dari kolektif keseluruhan pergerakan Puteri,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Seterusnya kata Hazwani lagi dalam parti ini pasti ada kelestarian untuk parti agar dapat mengawal selia parti keseluruhannya.

Sustainability bahawa apa jua yang hendak dilakukan perlu ada ‘check and balance’ dan sekiranya tidak ada yang mengawal selia maka kena segera dilaksanakan dan paling penting sekali ianya adalah terbaik untuk Puteri UMNO dan khususnya untuk parti keseluruhannya,” katanya lagi 

Menurut Nurul Hazwani atau lebih mesra disapa Awin, beliau mengharapkan demokrasi dalam pemilihan UMNO dapat diraikan bersama dan berjalan dengan lancar.

“Saya sangat berharap demokrasi dalam parti ini diraikan. Pasti siapa pun yang akan berada tahap calon dan menawarkan diri ini mempunyai matlamat untuk kepimpinan parti dan keseluruhannya supaya diterima baik oleh semua lapisan dan kembali menjadi satu parti yang sangat digeruni lawan dan dikagumi oleh kawan.

“Berkempenlah dengan cara yang baik dan seterusnya memilih pilihan yang terbaik untuk kebaikan parti UMNO itu sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Nurul Hazwani menawarkan diri bertanding jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Zahida Zarik Khan telah tamat tempoh selepas berkhidmat sejak 2018 dalam sayap itu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.