Lebih Ramai Bukan Bumiputera Diseru Sertai ATM

PORT DICKSON, 23 Sept – Lebih ramai rakyat bukan bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk promosi bagi mengalakkan pelbagai kaum bukan bumiputera menyertai ATM, namun jumlah penyertaan masih rendah iaitu sekitar tiga peratus. Katanya dorongan daripada ibu bapa serta […]

» Read more

Jangan Ambil Mudah, Tingkatkan Usaha Kekalkan Kemenangan Di Pelangai – Ahmad Zahid

BENTONG, 23 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh jentera parti agar tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebaliknya perlu mengambil langkah yang sewajarnya dalam usaha mengekalkan kemenangan yang dicapai sebelum ini. Menurut beliau walaupun atas kertas jumlah majoriti yang dicapai Allahyarham Datuk Seri Johari lebih daripada […]

» Read more

PRK DUN Pelangai: Ahmad Zahid Iringi Calon BN, Suasana Penamaan Meriah

BENTONG, 23 Sept – Lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) mengiringi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam. Penyokong BN/PH yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum serta seluruh pimpinan turut sama-sama berarak sebelum tiba di hadapan pusat penamaan calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Pelangai. Antara pemimpin yang […]

» Read more

Pusat Penamaan Calon PRK Pelangai Dibuka 9 Pagi Ini

BENTONG, 23 Sept (Bernama) — Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul dibuka pada 9 pagi ini. Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam hingga 10 pagi sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK Datuk Mohammad Shahid Ismail. PRK Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri […]

» Read more

Ahmad Zahid Harap Semua Pihak Bantu Kerajaan Capai Agenda Madani

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan agar semua pihak bersama-sama membantu Kerajaan Perpaduan untuk mencapai agenda Madani. Jelasnya, semua pihak harus menyedari bahawa segala amanah kepimpinan perlu dipikul di pelbagai bidang terutamanya dalam membimbing generasi muda bagi membangunkan masyarakat Malaysia yang adil. “Pengajaran dari ayat ke-30 dalam Surah Al-Baqarah ini mentaklifkan manusia […]

» Read more

Pengguna Harap Jualan Rahmah Diadakan Lebih Kerap

TANAH MERAH, 22 Sept – Rata-rata pengguna meminta kerajaan supaya mengadakan Program Jualan Rahmah secara kerap, kerana program itu memberi peluang untuk mereka membeli barangan keperluan asas pada harga yang murah. Penoreh getah Husin Deraman, 70, turut berharap program jualan diadakan di kawasan kampung, memandangkan kebanyakan penduduk kawasan itu tidak mempunyai pendapatan tetap, malah mereka turut menerima tempias kenaikan harga […]

» Read more

Lawatan Fadillah Ke India Perkukuh Hubungan Dua Hala, Kerjasama Sektor Perladangan, Komoditi

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof dijadualkan memulakan lawatan rasminya ke India bermula 24 hingga 28 Sept 2023. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dan meninjau peluang kerjasama dalam sektor perladangan dan komoditi antara kedua-dua negara. Lawatan ini […]

» Read more

Semua Parti Politik Lalui Fasa Jatuh Bangun… UMNO/BN Perlu Pandang Ke Hadapan, Bangkit Semula

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Semua parti politik pernah berada di fasa jatuh dan bangun maka UMNO/Barisan Nasional (BN) perlulah melihat ke hadapan dalam usaha untuk bangkit semula. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata, UMNO/BN merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan ditubuhkan bagi menyatu-padukan rakyat Malaysia. “Kita perlu melihat ke hadapan, buang keruh ambil […]

» Read more

Lagi Tak Perikemanusiaan Biar Warga Asing Beli Beras Disubsidi – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan yang mengatakan cadangan tidak menjual beras kepada warga asing sebagai tidak berperikemanusiaan. Sebaliknya kata Dr Akmal, tindakan membiarkan warga asing membeli beras susbisi lagi tidak berperikemanusiaan ditambah dengan keadaan negara yang berhadapan kekangan bekalan beras tempatan. “Langkah tidak berperikemanusiaan katanya? “Lagi tak perikemanusiaan bila […]

» Read more

Khidmat Bakti Jalaluddin Di Jelebu Berterusan, Harap Rakyat Fahami Kepentingan Jaga Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap rakyat diberi mesej jelas dan pendedahan sewajarnya berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan. Katanya di Jelebu, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen terus memberi kerjasama baik kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Jelebu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa membudayakan gaya […]

» Read more
1 536 537 538 539 540 1,905