Semua Parti Politik Lalui Fasa Jatuh Bangun… UMNO/BN Perlu Pandang Ke Hadapan, Bangkit Semula

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Semua parti politik pernah berada di fasa jatuh dan bangun maka UMNO/Barisan Nasional (BN) perlulah melihat ke hadapan dalam usaha untuk bangkit semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tawar, Datuk Rizam Ismail berkata, UMNO/BN merupakan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan ditubuhkan bagi menyatu-padukan rakyat Malaysia.

“Kita perlu melihat ke hadapan, buang keruh ambil yang jernih. Parti kita adalah sebuah parti demokrasi. Ditubuhkan untuk menyatu-padukan orang melayu dan semua kaum di dalam negara kita.

“Atas sebab itu, parti kita berjaya ditubuhkan dan menjadi sebuah parti keramat. Sebab itu juga, kita perlu pandang ke depan dan raikan pandangan.

“Di samping itu, menjaga disiplin dalam parti, berdiri dalam satu kesatuan yang kukuh bersama pucuk pimpinan, presiden dan semua kepimpinan parti,” katanya menerusi sesi wawancara di Facebook UMNO Online, semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam itu turut mengambil contoh daripada parti-parti lain yang bangkit dan menjadi pilihan rakyat.

“Baru akhirnya kita menjadi sebuah parti yang dihormati. Kita tidak boleh setakat menjadi parti ‘glamour’, tetapi menjadi parti yang tidak lagi menjadi pilihan kepada masyarakat.

“Selangor hanya ada dua kerusi sahaja sehinggakan waktu itu kita kata kerajaan kita menuju sifar pembangkang.

“Akhirnya mereka bangkit dan berjaya menjadi parti yang menjadi pilihan kaum mereka
Begitu juga Pas mereka ada pertambahan kerusi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana UMNO/BN kembali menjadi kerajaan di Negeri Selangor sekaligus dapat meyakinkan ahli bahawa betapa pentingnya parti ini kepada negara.

“Kita di dua kerusi ini alhamdulilah… walaupun kita tidak berjaya menambah bilangan kerusi, tetapi kita kembali menjadi kerajaan dan ini adalah kelebihan untuk gunakan kembali.

“Bukan sahaja untuk meyakinkan ahli UMNO tetapi dalam masa yang sama memberi gambaran kepada generasi baharu bahawa betapa pentingnya UMNO ini kepada negara,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.