Malaysia Lapor Sifar Kematian Akibat COVID-19 – Khairy

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Buat pertama kali sejak 18 Dis 2020, Malaysia melaporkan sifar kematian akibat COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Peralihan berterusan kita kepada endemik ditentu ukur dan dipacu oleh data. Marilah kita berdoa ia terus membuahkan hasil,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya semalam. Sementara itu, sebanyak 1,294,225 atau 36.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun […]

» Read more

KPT Sasar 55 Peratus Lepasan SPM Lanjut Pengajian Dalam TVET

BATU PAHAT, 19 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan sekurang-kurangnya 55 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam program pendidikan teknikal dan latihan vokasional  (TVET) menjelang tahun 2025. Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata perkara berkenaan adalah seperti yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), yang para graduan selain mempunyai ijazah mereka akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). […]

» Read more

Pelbagai Inisiatif Dilaksanakan Meskipun Belum Cukup 100 Hari Pentadbiran – MB Johor

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun – Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan negeri setakat ini meskipun belum cukup 100 hari pentadbiran barisan Exco yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) Mac lepas. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau sedar dan insaf bahawa harapan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri Johor amatlah tinggi, terutamanya selepas Barisan Nasional mencapai kemenangan […]

» Read more

UNIKL Jalin Kerjasama Dengan Cranfield University UK Perluas Bidang Aeroangkasa

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur, (UniKL MIAT) akan menjalinkan kerjasama dengan Cranfield University di United Kingdom (UK) bagi melahirkan tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama itu dirangka bagi program pascaijazah yang berteraskan pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional peringkat tinggi atau High-TVET (H-TVET), bagi mendokong […]

» Read more

67,944 Unit Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Dilulus Setakat Mei – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Sejumlah 67,944 unit kediaman di bawah projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia membabitkan 104 projek di Wilayah Persekutuan telah mendapat kelulusan pembinaan sehingga Mei lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 97 projek adalah di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat lagi di Labuan. Ismail Sabri berkata […]

» Read more

Malaysia Mahu Angkat Industri Perfilemannya Melalui Kerjasama Dengan Rakan ASEAN

BANGKOK, 18 Jun – Malaysia mahu meningkatkan kerjasama dengan penggiat industri perfileman luar negara khususnya di negara-negara ASEAN, dalam usaha mengangkat industri perfileman negara ke tahap lebih tinggi. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Bangkok berkata beliau mahu meninjau peluang kerjasama antara penerbit dan pengedar filem di rantau itu. Beliau mahu melihat lebih banyak kerjasama terjalin, antara […]

» Read more

Contohi Keempat-empat Tokoh Ini Yang Setia Pada Parti – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kesetiaan dalam parti adalah tunjang utama sesebuah parti. Beliau yang juga Menteri Besar Pahang menjelaskan bahawa kesetiaan ahli dalam parti sememangnya penting bagi memastikan UMNO/BN menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15. “Kesetian kepada parti inilah yang akan memastikan kemenangan UMNO dan Barisan […]

» Read more

Kartel Ayam Boleh Manipulasi Harga – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan kewujudan kartel yang me­ngawal harga pasaran ayam menyebabkan harga ternakan itu tidak menentu di pasaran sejak ­ke­­­­belakangan ini. Menurutnya, sewajarnya mereka tidak boleh memanipulasi pasaran ayam dan bekalan di negara ini dan kerana rakyat memerlukan bekalan tersebut. “Harga ayam tidak wajar ditentukan oleh Kartel. Mereka […]

» Read more

Lahirkan Graduan Isi Profesion Pertahanan, Keselamatan Perlu Diteruskan – Agong

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, negara perlu terus berusaha melahirkan graduan anak tempatan untuk mengisi profesion bernilai tinggi dalam bidang strategi pertahanan dan keselamatan yang semakin dinamik. Justeru titah baginda pihak berkenaan, seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu terus meneroka bidang ilmu terbaharu, bagi menentukan negara sentiasa mempunyai barisan […]

» Read more

Mengapa SPRM Tidak Siasat Muhyiddin? – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertikai kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak bertindak terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiadin Yassin ekoran sumbangan dana politik sebanyak RM1.3 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd. Ini kerana katanya, semestinya pihak SPRM telah mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam pen drive […]

» Read more
1 537 538 539 540 541 1,536