PRK DUN Pelangai: Ahmad Zahid Iringi Calon BN, Suasana Penamaan Meriah

BENTONG, 23 Sept – Lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) mengiringi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.

Penyokong BN/PH yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum serta seluruh pimpinan turut sama-sama berarak sebelum tiba di hadapan pusat penamaan calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Pelangai.

Antara pemimpin yang hadir mengiringi Amizar adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu;,Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari serta pimpinan-pimpinan BN dan PH.

Laungan ‘Menang Pelangai’ ‘Pelangai Menang’ mengiringi perarakan sejauh 500 meter ke pusat Penamaan Calon PRK DUN Pelangai.

Pusat penamaan calon dibuka tepat 9 pagi dan proses penamaan calon berlangsung selama satu jam.

Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohd Shahid Ismail memaklumkan seramai tiga calon bertanding sebanyak iaitu dari Perikatan Nasional, Kasim Samat telah menghantar borang pencalonan pada jam 9.02 pagi, calon Bebas Haslin Helmi Zulhelmi pada jam 9.08 dan calon BN Datuk Amizar Abu Adam pada jam 9.01 pagi.

Bagi PRK berkenaan, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini selepas pengisytiharan calon-calon yang layak bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 6 Oktober nanti.

Daftar pemilih yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 bagi DUN Pelangai mempunyai 16,456 pengundi.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh para penyokong UMNO/BN di DUN Pelangai ini jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan pertahankan DUN ini.

PRK DUN Pelangai akan diadakan pada 7 Okt ini ekoran kematian Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon berlangsung pada Sabtu ini, manakala 3 Oktober sebagai hari undi awal.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat, calon PH Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahmad. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.