Alasan Tarik Diri Lemah Dan Lembik, Ini Sebab Sebenar Kit Siang Enggan Debat Dengan Najib

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Alasan Lim Kit Siang yang tiba-tiba menarik diri dari berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia akan menjadi isu kaum dan agama yang melampau adalah sesuatu alasan yang amat lemah dan lembik, kata Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil. Katanya, debat ini khusus untuk membincangkan isu rasuah dan integriti, bukan isu kaum dan agama. […]

» Read more

Mukhriz Dituntut Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

JOHOR BAHRU 24 Mei – Kelakuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di majlis rasmi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah di Pekan, Pahang semalam, disifatkan sebagai satu tindakan yang biadab. Video menunjukkan Mukhriz enggan menghulur tangan dan […]

» Read more

Kerajaan Harus Beri Segala Bantuan Kepada Pekebun – Zahidi

KANGAR, 24 Mei – Bekas pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kerajaan pusat harus memberi segala bantuan kepada pekebun yang berminat menanam guarana dan tidak harus menyekat usaha mereka. Katanya, guarana sebagai tanaman alternatif bagi menggantikan pokok getah perlu diteruskan untuk membantu pekebun kecil getah berikutan harga getah semakin jatuh pada masa […]

» Read more

Tiada ‘Duit Raya’: Peneroka Kecewa Dan Rasa Tertipu Pilih PH

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali tiada ‘duit raya’ untuk Peneroka FELDA sangat mengecewakan seluruh warga peneroka, kata Ketua Pembangkang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, tidak seperti Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini walau apa kedudukan kewangan Felda tetap mereka diutamakan terutama dalam keadaan kos sara hidup […]

» Read more

Piagam UMNO PAS Ke Arah PRU-15

KOTA BHARU 24 Mei – PAS tidak menolak kemungkinan akan meningkatkan kerjasama dengan UMNO untuk jangka masa yang panjang sehingga membentuk gabungan baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih dalam penilitian pihaknya kerana melibatkan pelbagai proses termasuk kelulusan Majlis Syura Ulama serta muktama khas. Beliau berkata, namun […]

» Read more

PH Menindas, Kegagalan Beri Duit Raya Satu Pengkhianatan Kepada Peneroka

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan bonus ataupun duit raya ibarat menindas dan mengkhianati harapan peneroka FELDA, tegas Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias. Katanya, beliau amat terkejut dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali mengenai status pemberian duit raya buat 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara. “Kerajaan PH yang kononnya mengutamakan […]

» Read more

Zahid Terima Kunjungan Hormat Bekas Ketua Hamas

KAJANG, 24 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi menerima kunjungan hormat Khaled Meshaal, bekas Pengerusi Pergerakan Hamas di kediamannya di sini. Pertemuan mesra kedua-dua pemimpin itu jelas tergambar berikutan persahabatan yang telah terjalin sebelum ini di mana Datuk Seri Ahmad Zahid  sering memberi sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan Hamas. Dalam pertemuan tersebut, Khaled Meshaal bertanya kahabar […]

» Read more

Buat Kereta Terbang Ada Duit, Bantuan Raya FELDA Tak Ada Duit Pula…

SEKIJANG, 23 Mei – Naib Ketua UMNO Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu untuk mengeluarkan belanja besar bagi projek kereta terbang dan kereta nasional, seharusnya kerajaan juga mampu untuk memberi sedikit bantuan raya buat warga FELDA bagi meringankan beban mereka. Jelas beliau, walau apapun alasan kerajaan, keutamaan kebajikan kepada peneroka sepatutnya boleh diberikan keutamaan apatah […]

» Read more

UMNO Dan PAS Bentuk Kerjasama Rasmi Selepas Aidilfitri

KOTA BHARU, 23 Mei – UMNO dan PAS akan memeterai satu piagam bersama selepas Aidilfitri ini bagi membentuk kerjasama rasmi kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa. Annuar berkata pembentukan piagam itu kini di peringkat akhir penelitian oleh jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh kedua-dua parti sebelum ini. “Sekarang taawun (kerjasama), kita kena secara berperingkat-peringkat. Mula-mula kerjasama tak bertulis, kemudian […]

» Read more

Suasana Hiba, Sedih Di Istana Abu Bakar – Najib

KUALA LUMPUR 23 Mei – Suasana hiba dan sedih tidak dinafikan dirasai semua yang hadir di Istana Abu Bakar, Pekan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku-Tuanku menerima patik mengadap. Penghormatan buat kali terakhir untuk Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah. “Patik sembah takziah kepada keluarga dan ahli-ahli kerabat Diraja Pahang. Semoga roh […]

» Read more
1 … 2,266 2,267 2,268 2,269 2,270 … 2,371