Suasana Hiba, Sedih Di Istana Abu Bakar – Najib

KUALA LUMPUR 23 Mei – Suasana hiba dan sedih tidak dinafikan dirasai semua yang hadir di Istana Abu Bakar, Pekan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku-Tuanku menerima patik mengadap. Penghormatan buat kali terakhir untuk Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

“Patik sembah takziah kepada keluarga dan ahli-ahli kerabat Diraja Pahang. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para Solehin dan Syuhada’. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

Jenazah Almarhum baginda dijadualkan akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan dengan menaiki Pedati Diraja pada pukul 1 tengah hari untuk disolatkan dan dimakamkan di Makam Diraja. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.