Zahid Terima Kunjungan Hormat Bekas Ketua Hamas

KAJANG, 24 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi menerima kunjungan hormat Khaled Meshaal, bekas Pengerusi Pergerakan Hamas di kediamannya di sini.

Pertemuan mesra kedua-dua pemimpin itu jelas tergambar berikutan persahabatan yang telah terjalin sebelum ini di mana Datuk Seri Ahmad Zahid  sering memberi sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan Hamas.

Dalam pertemuan tersebut, Khaled Meshaal bertanya kahabar khususnya keadaan UMNO dengan berharap agar umat Islam bersatu padu di samping terus memberikan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Katanya, mereka tidak akan melupakan rakan-rakan yang telah meyokong perjuangan mereka selama ini.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, mereka bertukar pendapat mengenai situasi semasa di Palestin dan Malaysia malah sependapat bahawa perjuangan Islam mesti dibuat dengan umat Islam itu bersatu terlebih dahulu.

Untuk rekod UMNO pernah menjemput Khaled ke Malaysia sebanyak dua kali pada 2013 dan 2015.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.